• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Beras Semasa Negara Cukup Untuk Tempoh Sehingga Enam Bulan – KPKM

oleh Mohd Arshad
20/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekalan Beras Semasa Negara Cukup Untuk Tempoh Sehingga Enam Bulan – KPKM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan, bekalan beras sebagai makanan ruji masih mencukupi dalam pasaran bagi memenuhi keperluan rakyat negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

KPKM dalam kenyataannya kepada BH, berkata kedudukan semasa stok beras negara sehingga 18 Jun lalu adalah sebanyak 1,128,165 tan metrik mencukupi bagi tempoh lima ke enam bulan keperluan negara.

“Pada masa ini, kedudukan stok beras dagangan dalam negara di peringkat kilang, borong dan runcit adalah sebanyak 752,447 tan metrik, manakala 107,757 tan metrik dalam proses pemindahan kapal dan 67,961 tan metrik dalam bentuk padi beras tempatan.

“Bagi menampung keperluan beras negara, KPKM sentiasa memastikan kedudukan stok beras dagangan melebihi paras keperluan kira-kira 200,000 tan metrik sebulan,” katanya.

KPKM berkata, pihaknya juga telah menyediakan stok penimbal beras berjumlah 200,000 tan metrik yang sedia digunakan pada bila-bila masa, sekiranya berlaku kecemasan seperti krisis makanan global dan darurat.

Terdahulu, KPKM berkata, kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin peningkatan pengeluaran beras tempatan khususnya melalui 12 Inisiatif Gelombang Padi.

“Antara yang dirangka ialah peluasan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan, program penanaman padi lima musim untuk dua tahun dan inisiatif memperkukuh infrastruktur pengairan sawah.

“KPKM juga menggalakkan penanaman dan pengambilan hasil tanaman-tanaman lain yang bernutrisi dan sihat oleh rakyat selain daripada makanan ruji negara,” katanya.

Katanya, perkara itu antara penekanan utama KPKM dalam melaksanakan agenda keterjaminan makanan negara selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2021-2030.

-Berita Harian

Tags: Bekalan Beras SemasaKPKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekalan Makanan Negara Masih Cukup 3 Hingga 4 bulan

Bekalan Makanan Negara Masih Cukup 3 Hingga 4 bulan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekalan makanan negara masih mencukupi untuk tempoh tiga hingga empat bulan ke hadapan setakat ini. Menteri Pertanian...

Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu

Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Landskap global ketika ini masih tidak menentu," kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd