• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco: Azmin Menghadap Sultan Selangor Esok

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok, bagi mendapat perkenan berhubung senarai barisan Exco baharu kerajaan negeri yang dipilih.

Mohamed Azmin berkata barisan exco itu hanya akan diketahui selewat-lewatnya esok selepas beliau mengadakan perbincangan kedua dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat hari ini.

“Sekarang ini kita sedang teliti barisan Exco baharu dan disusuli pertemuan (perbincangan) kedua petang ini.

“Insya-Allah kita akan selesaikan proses itu hari Khamis dan akan menghadap Tuanku bagi mendapat perkenan untuk majlis angkat sumpah Jumaat ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghadiri perbincangan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, bersama wakil-wakil daripada tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP bagi membincangkan barisan Exco baharu kerajaan negeri.

Terdahulu, Mohamed Azmin memasuki Bangunan SUK pada 7.45 pagi bagi memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Besar.

Kedatangan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan beberapa pegawai kerajaan.

Mohamed Azmin kemudian menuju ke pejabat Menteri Besar yang terletak di tingkat 21, Bangunan SUK dan secara simbolik mengetip kad perakam waktu kira-kira 7.50 pagi.

Menteri Besar baharu itu kemudiannya menghadiri mesyuarat bersama pegawai kanan kerajaan.

Mohamed Azmin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran Selangor itu di hadapan Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah, Klang semalam. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd