• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kenaikan Tambang Bas Sekolah Tahun Ini – GPBSM

oleh Mohd Arshad
16/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Kenaikan Tambang Bas Sekolah Tahun Ini – GPBSM
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) tidak bercadang menaikkan kadar tambang bas sekolah sehingga berakhir sesi persekolahan tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof, berkata walaupun tidak menolak kemungkinan berlaku sedikit kenaikan kos operasi susulan harga alat ganti yang mungkin meningkat atas faktor pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, namun kos berkenaan dapat diserap menerusi subsidi yang diberikan kerajaan.

“Kami (GPBSM) tidak akan menaikkan tambang bas sekolah tahun ini, sebaliknya kadar lama yang sedia ada kekal.

“Kami sedar sebarang kenaikan tambang bas sekolah akan memberi kesulitan kepada orang ramai, terutama ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan ini.

“Pengusaha bas sekolah telah diberikan subsidi diesel, jadi kami buat keputusan untuk kekal dengan kadar sedia ada, walaupun mungkin ada berlaku kenaikan harga alat ganti, tapi ia dapat diserap dengan adanya subsidi diesel berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, baru-baru ini menyifatkan kenaikan tambang bas sekolah tidak seharusnya berlaku memandangkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 bagi kenderaan pengangkutan awam darat kekal pada harga RM1.88 seliter.

Loke dilaporkan berkata, ketetapan itu juga terpakai kepada pengusaha bas ekspres yang tidak boleh sesuka hati menaikkan kadar tambang memandangkan tindakan itu memerlukan kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Mohd Rofik yang juga Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan (PPBSNS) berkata, tambang bas sekolah juga telah diregulasikan di mana ia perlu dibuat secara persetujuan bersama dengan ibu bapa.

Beliau berkata, ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha bas sekolah dan mereka boleh menetapkan secara bersama kadar tambang yang sesuai berpandukan situasi ‘menang-menang’.

“Saya tidak nampak ada keperluan kenaikan tambang bas sekolah sebab rata-rata ibu bapa atau penjaga menerima dengan baik kaedah regulasi yang sudah dipraktikkan selama ini.

“Walaupun berlaku kenaikan harga diesel, pengusaha menerima subsidi minyak, malah kerajaan juga sudah bersetuju menambah kuota daripada 1,800 liter sebelum ini kepada 2,700 liter,” katanya.

Ketika ini terdapat 8,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara yang bernaung di bawah GPBSM.

Dalam pada itu, Mohd Rofik berharap kelulusan permohonan kad fleet di bawah SKDS itu dapat dipercepatkan kepada sekurang-kurangnya dua hari bagi memudahkan pengusaha bas sekolah.

-Berita Harian

Tags: GPBSMTambang Bas Sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Digesa Tidak Naikkan Tambang -APAD

Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Digesa Tidak Naikkan Tambang -APAD

16/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggesa semua pihak, khususnya Persatuan Pengusaha Bas Sekolah supaya mempertimbangkan semula cadangan menaikkan...

Khianat Api Rumah Koo Ham: Lelaki Ditahan Negatif Dadah

Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik

14/01/2024
0

Kuala Lumpur: Tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini dijangka akan meningkat susulan pertambahan kos operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd