• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Catat 107,105 Pendaftaran Ahli Baharu

oleh AK-47
12/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
KWSP Catat 107,105 Pendaftaran Ahli Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut KWSP, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8.6 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 17.1 juta tenaga buruh Malaysia.

“Pendaftaran majikan baharu juga menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 20,080 dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 608,433.

“Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM25.83 bilion pada suku pertama 2023 kepada RM29.13 bilion pada suku pertama 2024,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada suku yang dikaji, KWSP juga mengekalkan nisbah ahli aktif dengan tidak aktif pada 53:47 pada suku pertama 2024, selaras dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, dengan 8.6 juta ahli aktif daripada jumlah keseluruhan keahlian sebanyak 16.1 juta.

“Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dalam sektor informal dan pekerja gig mendapat liputan perlindungan sosial, KWSP terus memperluaskan liputan i-Saraan bagi membolehkan pekerja dalam sektor informal atau tanpa pendapatan tetap untuk menyimpan dengan KWSP demi persaraan mereka, di samping menerima insentif kerajaan.

“Sepanjang suku pertama 2024, i-Saraan merekodkan pendaftaran baharu sebanyak 146,171, seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan keahlian i-Saraan meningkat 43.9 peratus kepada 1.4 juta, daripada 997,659 pada suku tahun yang sama tahun lepas,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn berkata peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang memilih untuk menyimpan dengan KWSP dan ahli semasa yang membuat caruman sukarela, menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan disokong oleh dasar Malaysia MADANI yang kukuh.

“KWSP akan terus meningkatkan keupayaannya untuk memenuhi keperluan dan jangkaan yang semakin berkembang daripada ahli dan majikan serta membina prestasi portfolionya berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) jangka panjangnya,” katanya.

-Bernama

Tags: Ahli BaharuKWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd