• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGC Bantah Permohonan Daim, Keluarga Cabar SPRM Beku Akaun

oleh AK-47
12/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
AGC Bantah Permohonan Daim, Keluarga Cabar SPRM Beku Akaun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarganya, berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Shamsul Bolhassan, memaklumkan perkara itu ketika prosiding pendengaran kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, hari ini.

Permohonan itu akan didengar pada 8 Ogos ini di hadapan hakim lain iaitu Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Pada prosiding hari ini, SFC Ahmad Hanir Hambaly turut hadir bagi AGC manakala Daim dan keluarga diwakili peguam Nizamuddin Hamid.

Ketika dihubungi pemberita, Nizamuddin turut mengesahkan mahkamah memberikan perintah perlindungan iaitu maklumat sensitif mengenai akaun bank pemohon tidak boleh didedahkan kepada orang ramai.

Dalam permohonan difailkan 6 Jun lepas, Daim dan keluarga memohon perintah untuk membatalkan tindakan SPRM menyita harta alih itu yang dikenakan mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Selain Daim turut dinamakan sebagai pemohon ialah isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan empat anak mereka iaitu Asnida, Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.

Sebanyak 18 syarikat juga dinamakan sebagai pemohon iaitu Aad Equity Sdn Bhd, Yayasan Haji Zainuddin, Ilham Baru Sdn Bhd, Anchor Point Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Adrihaniz Sdn Bhd, Syarikat Maluri Sdn Bhd, Amiraz Sdn Bhd, Ridana Sdn Bhd, Daan Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd, Magical Zone Sdn Bhd, Permatang Maju (M) Sdn Bhd, Brainstorms Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Gajah3 Resource Centre Sdn Bhd, Ilham Tower Sdn Bhd dan Selidik Jaya Sdn Bhd.

Semua pemohon menamakan Penolong Penguasa Sektor Sasaran Operasi Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM, Haris Fadhila Sukaime; Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; SPRM; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia, sebagai responden pertama hingga keenam.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa tindakan penyitaan harta alih yang dikenakan SPRM mengikut Seksyen 50 AMLATFPUAA dan semua tindakan serta keputusan diambil responden pertama hingga keempat adalah tidak sah dan terbatal.

Pada 4 Mac lepas, permohonan pertama semakan kehakiman difailkan Daim dan keluarga berhubung siasatan SPRM terhadap mereka telah ditolak Mahkamah Tinggi di sini atas alasan pemohon gagal membuktikan unsur niat jahat terhadap pegawai SPRM yang menjalankan siasatan.

-Bernama

Tags: AGCbantahbeku akaunDaimSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd