• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Lokasi Mayat Ditemukan

oleh AK-47
10/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Lokasi Mayat Ditemukan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kelibat ibu kepada kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, 6, dilihat dibawa turun dari kediamannya menuju ke lokasi mayat kanak-kanak berkenaan ditemui.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Suspek dilihat diiringi dan dikawal ketat anggota polis pada jam 11.06 pagi menuju ke arah sungai lokasi mayat Zayn ditemui pada malam 6 Disember lalu.

Wanita berkenaan berpakaian lokap dilihat tertunduk ketika dibawa turun oleh sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Terdahulu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dibawa ke kediaman mereka di blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi mendapati pasangan terbabit yang tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R kediaman terbabit.

Difahamkan, suspek akan di bawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan untuk berada di kawasan perumahan arwah mangsa dan sekadar berada di kawasan hadapan apartment.

Sebelum ini polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh, susulan hasil bedah siasat yang menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan pada jam 9.50 malam, 6 Disember lalu ketika pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai, sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat pada jam 8. 30 malam sebelum mayatnya ditemui lebih sejam kemudian.

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

-Sinar Harian

Tags: Lokasi MayatZayn Rayyan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

31/10/2025
0

PETALING JAYA: "Semoga Allah melaknat kau. Kau tunggu, botak (menunjukkan jari ke arah pegawai penyiasat, Deputi Superintendan Mohd Hafizee Ismail)."...

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

31/10/2025
0

Petaling Jaya: Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang dijatuhi hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd