• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Semua Fitnah, Kami Dianiaya, Kata Bapa Zayn Rayyan

oleh AK-47
07/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ini Semua Fitnah, Kami Dianiaya, Kata Bapa Zayn Rayyan
Share on FacebookShare on Twitter

Bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme yang dipercayai dibunuh di Damansara Damai, Selangor Disember lalu mendakwa dia dan isterinya dianiaya dan difitnah, ketika dibawa masuk ke mahkamah majistret pagi ini bagi prosiding sambungan reman.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pagi ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf selama enam hari lagi sehingga Rabu, 12 Jun depan.

Pasangan yang berusia 28 tahun, ditahan pada 31 Mei dan direman tujuh hari, sebelum ini. Mereka disiasat kerana membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika dikawal ketat polis, bapa Zayn Rayyan yang digari sempat mengatakan “saya dianiaya, ini semua fitnah” sebelum keadaan menjadi kecoh. Ini apabila beberapa individu dipercayai ahli keluarga menjerit ‘Zaim, Isma you have to be strong’ sebelum pasangan itu dibawa masuk ke mahkamah.

Peguamnya, Fahmi Abdul Moin berkata polis pada mulanya memohon lanjutan reman tujuh hari lagi tetapi Majistret Ainaa Muhammad Kamal hanya membenarkan tahanan enam hari.

“Perintah reman dikenakan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Fahmi.

Dia turut mengesahkan dirinya dilantik sebagai peguam pasangan itu hari ini, selepas seorang lagi peguam yang mewakili kedua-dua pasangan itu sebelum ini menarik diri.

Sementara itu seorang lagi peguam, Ilyani Khuzairy yang turut mewakili kedua-dua mereka berkata bapa Zayn Rayyan berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan menangis ketika ditanyakan soalan.

“Mereka berharap siasatan dapat dijalankan secara telus agar keadilan terhadap Zayn Rayyan dapat dicapai,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 20 individu dipercayai ahli keluarga Zayn Rayyan juga berkumpul di luar bangunan mahkamah majistret di Petaling Jaya..

Mereka memegang kain rentang bertulis ‘Allahuakbar Keadilan Untuk Zaim dan Isma’, ‘Justice For Zayn Rayyan’ dan ‘Keadilan Untuk Zayn Rayyan’.

Seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ibu Zaim menjerit supaya keadilan diberikan kepada anaknya itu.

“Umi (Ibu) tahu kamu betul. Ini semua fitnah!

“Kami mahu pembunuh yang sebenar, ” katanya.

Terdahulu polis turut merampas telefon bimbit pasangan itu dan turut menyoal pengasuh kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di tepi sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Ibunya memberitahu pemberita bahawa dia sedang menaiki tangga ke apartmen tingkat tiga mereka bersama Zayn Rayyan pada kira-kira 12.30 tengah hari pada 5 Dis apabila dia menyedari anaknya itu tiada bersamanya.

Katanya, mereka cuba mencarinya, sebelum memaklumkan suaminya dan penduduk setempat.

Dia juga berkata kanak-kanak lain yang tinggal di pangsapuri itu berkata mereka nampak anaknya berjalan ke arah kawasan semak berhampiran bangunan itu.

-Malaysia Kini

Tags: Zayn Rayyan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

31/10/2025
0

PETALING JAYA: "Semoga Allah melaknat kau. Kau tunggu, botak (menunjukkan jari ke arah pegawai penyiasat, Deputi Superintendan Mohd Hafizee Ismail)."...

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

31/10/2025
0

Petaling Jaya: Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang dijatuhi hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd