• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Setuju Dialog Bersama PM Batal Atas Faktor Keselamatan

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersetuju dengan saranan ketua polis negara supaya dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Bersama NGO hari ini dibatalkan kerana dikhuatiri keadaan tidak terkawal.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya berlaku pergaduhan antara penyokong pihak yang berlainan, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

“Saya tengok dalam Whatsapps, dalam Facebook dan sebagainya, saya melihat keadaan berlainan, wujud suasana yang agak tegang dan beremosi.

“Kalau berterusan kita tidak dapat jangka apa akan jadi. Contohnya kalau Tun (Dr Mahathir Mohamad) cakap nanti ada pihak lagi satu boo, kalau perdana menteri bercakap pun ada pihak boo, jadi siapa yang rugi?” katanya ketika ditemui pemberita selepas penundaan majlis itu diumumkan penganjur, di sini hari ini.

Majlis dialog itu sepatutnya bermula 10 pagi di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tetapi ditunda setengah jam kemudian atas arahan pihak polis disebabkan faktor keselamatan awam dan kemudian dibatalkan berikutan keadaan tidak terkawal.

Ibrahim berkata semua pihak harus menerima keputusan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi.

“Janganlah ada pihak buat tafsiran melulu kononnya pihak itu menang, pihak ini kalah. (Penundaan) ini sebab polis telah membuat keputusan berdasarkan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang turut hadir pada majlis itu berkata penganjur program sepatutnya memastikan keadaan terkawal supaya sesi dialog masih boleh diteruskan secara harmoni.

“Kerajaan sentiasa bersedia nak jawab tapi pihak penganjur perlu menganjurkannya dengan baik.

“PM bersedia untuk datang tapi kalau keadaan tak kondusif macam mana? Kita datang nak bincang bukan nak perang,” katanya.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Mohd Ridzuan Abdullah pula mencadangkan supaya perdana menteri kerap mengadakan perjumpaan dengan NGO bagi menerangkan situasi semasa.

“Kami sayang PM tapi kami juga perlu diberikan maklumat yang cukup supaya kami faham dan dapat sampaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut kesal kerana program itu yang sepatutnya menjadi platform perbincangan terpaksa dibatalkan atas tujuan memelihara ketenteraman awam.

Sementara itu, pihak penganjur majlis dialog NGO SukaGuam berasa kesal dengan tindakan provokasi segelintir peserta sehingga menyebabkan majlis itu terpaksa ditunda.

“Saya kesal program ini telah dimanipulasi dan dijadikan medan yang tidak sepatutnya,” kata Pengerusinya Datuk Khairul Anwar Rahmat, sambil menyatakan satu tarikh baharu akan ditetapkan bagi meneruskan sesi dialog itu. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=56IAvXRNy7Y

Tags: NGO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video mendakwa kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan bukan dalam bahasa Melayu tular...

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd