• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

oleh Mohd Arshad
04/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai makan dekat sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis menerima laporan daripada mangsa dalam kejadian terbabit pada jam 8.07 malam, 1 Jun lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, kejadian terbabit berlaku pada jam 4 pagi, 31 Mei lalu.

“Pergaduhan melibatkan dua lelaki tempatan di sebuah kedai makan di sini.

“Setakat ini tiada tangkapan lagi dan kami masih menyiasat punca kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Razlam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pada jam 2 petang semalam (Isnin), telah terkesan satu rakaman klip video berdurasi 1 minit 51 saat yang dimuat naik di aplikasi X memaparkan insiden pergaduhan antara dua individu di sebuah kedai makan.

“Saya ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menularkan video berkenaan,” katanya.

SinarHarian-

Tags: bergaduhkedai makanlaporan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Kerajaan tidak mendedahkan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) selepas ia siap tiga tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd