• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mungkin Gencatan Senjata Kekal Di Gaza Sebelum Hamas Tumpas – Netanyahu

oleh Mohd Arshad
01/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tak Mungkin Gencatan Senjata Kekal Di Gaza Sebelum Hamas Tumpas – Netanyahu
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS : Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini berkata tidak mungkin ada gencatan senjata kekal di Gaza sehingga pergerakan Hamas ditumpaskan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kenyataan terbaru Netanyahu itu mencetuskan keraguan terhadap cadangan gencatan senjata yang dikatakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bahawa Israel sendiri merangkanya.

Semalam, Biden berkata Israel mencadangkan perjanjian gencatan senjata dengan pengunduran sebahagian tentera Israel dan pembebasan beberapa tebusan di Palestin, sementara kedua-dua pihak antara Israel dan Palestin berunding untuk menghentikan permusuhan secara kekal.

Bagaimanapun, kenyataan Netanyahu hari ini menyatakan sebarang tanggapan bahawa Israel akan bersetuju gencatan senjata kekal sebelum “kemusnahan keupayaan tentera dan pemerintahan Hamas” adalah “bukan permulaan.”

Rundingan damai berlaku selama berbulan-bulan dengan Israel menuntut pembebasan semua tebusan daripada pejuang Hamas.

Dalam pada itu, pejuang Hamas turut menuntut gencatan senjata kekal, pengunduran tentera Israel dan pembebasan tahanan Palestin yang ramai di Israel.

Semalam, Hamas berkata pihaknya bersedia terbabit secara positif dan membina, bagaimanapun seorang pegawai kanan pergerakan itu, Mahmoud Mardawi dalam wawancara televisyen Qatar berkata pihaknya masih belum menerima sebarang butiran mengenai cadangan berkenaan.

“Tiada persetujuan boleh dicapai sebelum tuntutan pengunduran tentera Israel dan permintaan gencatan senjata dipenuhi,” katanya.

Perang yang tercetus sejak 7 Oktober tahun lalu menyaksikan serangan darat dan udara oleh tentera Israel di Gaza telah menyebabkan wilayah itu musnah, mencetuskan kebuluran yang serius dan membunuh lebih 36,000 nyawa rakyat Palestin.

Bulan lalu, Netanyahu menentang gesaan daripada pemimpin dunia dan bertindak menghantar tentera Israel ke Rafah iaitu kawasan terakhir di Gaza.

Perkara itu telah menyebabkan lebih sejuta rakyat Palestin yang berlindung di kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan.

Israel mendakwa Rafah yang bersempadan dengan Mesir adalah kubu terakhir pejuang Hamas di Gaza dan usahanya untuk memusnahkan pejuang Hamas tidak akan berjaya sehingga mereka berjaya memasuki bandar itu.

Rabu lalu, Penasihat Keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi berkata beliau menjangkakan perang di Gaza akan berterusan sekurang-kurangnya pada baki pertengahan tahun ini.

-Berita Harian

Tags: Gazagencatan senjataHamasnetanyahu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Dikejarkan Ke Hospital Akibat Terkena Renjatan Elektrik Dalam Kebakaran 5 Rumah

Next Post

Polis Indonesia Tahan Buruan Paling Dikehendaki Di Thailand

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Pegawai Kanan Keselamatan Hamas Maut Dalam Serangan Israel

Pegawai Kanan Keselamatan Hamas Maut Dalam Serangan Israel

18/03/2025
0

GAZA - Pegawai kanan keselamatan Hamas, Mahmoud Abu Watfa dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Selasa. Serangan...

Next Post
Polis Indonesia Tahan Buruan Paling Dikehendaki Di Thailand

Polis Indonesia Tahan Buruan Paling Dikehendaki Di Thailand

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd