• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Hak Jawab Dalam Media, Jangan Ugut Wartawan – Fahmi

oleh AK-47
24/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Guna Hak Jawab Dalam Media, Jangan Ugut Wartawan – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan semua ahli politik, termasuk dirinya, agar menghormati tugas dan hak wartawan untuk membuat laporan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menjawab dakwaan ugutan yang dibuat terhadap beberapa wartawan portal dalam talian berbahasa Tamil oleh seorang ahli politik, Fahmi berkata dia telah meminta maklumat lanjut berhubung insiden yang dilaporkan itu, bagi mencari penyelesaian secara baik bagi pihak terbabit.

“Peringatan buat diri saya dan rakan-rakan ahli politik, kita perlu sentiasa menjaga adab dan akhlak dan harus lihat wartawan memainkan peranan penting.

“Walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan pandangan laporan itu, tapi secara umumnya akan ada apa yang disebut right of reply (hak jawab). Jadi gunakan ruang itu untuk memberi pandangan.

“Janganlah sehingga kita melakukan sebarang tindakan di luar lunas undang-undang. Jangan ambil tindakan sendiri,” kata Fahmi di Astana, Kuching selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan ancaman terhadap wartawan portal Tamil, Fahmi menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kedua-dua pihak yang terlibat.

“Saya tidak bersetuju dan saya mengecam sebarang tindakan yang mengancam keselamatan wartawan,” tegasnya.

Pada Rabu, Malaysia Gazette melaporkan Persatuan Wartawan India Malaysia (Mija) meminta pertemuan dengan Fahmi berhubung dakwaan ugutan dan fitnah terhadap tiga wartawan portal dalam talian Tamil.

Presiden Mija, Gunalan Maniam berkata seorang ahli politik wanita juga telah mengeluarkan notis tuntutan kepada tiga portal dalam talian Tamil yang mengancam saman undang-undang.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia sebagai maklum balas telah menggesa Fahmi mengambil tindakan segera dan menghentikan serangan sedemikian.

-Malaysia Kini

Tags: Fahmi Fadzilwartawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ADUN Sungai Bakap Meninggal Dunia

Next Post

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Related Posts

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

Next Post
Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd