• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LG Perkenal Model TV Boleh Gulung Seperti Kertas

oleh
09/06/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL — Setelah berjaya memperkenalkan model televisyen paling nipis di dunia yang boleh dilekatkan di permukaan dinding macam wallpaper bulan lalu, kali ini LG bakal muncul dengan model yang lebih canggih.

Firma gergasi elektronik Korea Selatan itu dilapor akan mempamerkan set televisyen saiz kecil dengan skrin boleh digulung sehingga ukur lilit 3 sentimeter seumpama kertas tanpa menjejaskan langsung kualiti lapisan layar.

Ia masih lagi mengguna pakai teknologi televisyen keluaran LG sebelum ini iaitu OLED atau organic light-emitting diode yang dahulunya seumpama kertas dinding untuk ditampal pada ruang permukaan dinding rumah.

Baca: TV OLED LG Paling Nipis Di Dunia, Nampak Macam Wallpaper

Kini teknologi OLED ini diubah suai agar boleh digulung, namun buat permulaan LG hanya mencipta skrin kecil berukuran 18 inci sebelum meningkatkan saiz TV super-tipis itu sehingga lebih 60 inci menjelang tahun 2017.

Prototaip model paling canggih tersebut yang ideanya sudah didedahkan kepada umum sejak tahun lalu; bakal dipamerkan menerusi persidangan Society for Information Display 2015 di Amerika Syarikat pada Ahad ini.

OLED dijangka menjadi model televisyen masa depan dan bulan lalu, LG melancarkan beberapa model yang menggunakan teknologi ini dengan saiz ukuran 55 inci yang tebalnya pula kurang daripada 1 milimeter.

Layar OLED menghasilkan cahaya sendiri sehingga tidak memerlukan bantuan backlight atau cahaya belakang seperti model televisyen skrin rata biasa sekali gus membolehkan LG menghasilkan televisyen super-tipis.

Setakat ini jenama elektronik besar seperti Samsung dan Sony juga telah menghasilkan TV skrin OLED namun, jumlah pengeluaran mereka pada waktu ini masih rendah menyebabkan harga produk menjadi relatif mahal.

Harga TV OLED 65 inci keluaran LG, misalnya mencecah AS$9,000 (RM33,300) tetapi syarikat itu yakin dengan masa depan teknologi tersebut sejajar dengan kecanggihan industri penyiaran dunia. — Agensi/H.A.AMREE

Tags: Korea SelatanLGOLEDskrin ratatelevisyen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd