• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gengster Di Sarawak Tiada Kaitan Anggota Politik

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis mengenal pasti Sibu sebagai lokasi utama kegiatan gengster di Sarawak yang aktif terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah kekerasan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata berdasarkan siasatan polis dalam Op Cantas setakat ini tiada penglibatan anggota politik dalam kegiatan gengster di Sarawak.

“Kita kenal pasti 16 gengster di Sarawak dengan jumlah keahlian tidak lebih 1,000 orang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohmad berada di sini sempena mesyuarat tiga bulan sekali ketua dan pegawai kanan JSJ seluruh negara yang berlangsung selama sehari.

Mohmad berkata kesemua anggota gengster tersebut adalah warga tempatan dan tiada warga asing terlibat dalam kegiatan gengster di Sarawak.

“Kita mempunyai maklumat semua anggota gengster ini dan kini mereka sedang diburu,” katanya sambil menambah kegiatan gengster di Sarawak terhad kepada kawasan tertentu sahaja.

Mohmad berkata sebagai contoh gengster yang beroperasi di Sibu, hanya akan melakukan kegiatan jenayah di bandar itu sahaja dan tidak memperluas operasi ke bandar lain di negeri Sarawak.

“Polis masih memburu gengster ini dan tindakan tegas mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA) akan dikenakan terhadap anggota kumpulan gengster ini,” katanya.

Beliau memberi jaminan masalah gengster di Sarawak masih lagi terkawal dan masyarakat setempat tidak perlu bimbang keselamatan mereka.

Beliau berkata di seluruh negara 72 gengster dikenal pasti dalam Op Cantas yang kini aktif dijalankan oleh polis. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd