• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Hilang Diheret Sang Buaya Ketika Basuh Kaki Di Sarawak

oleh AK-47
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES serangan buaya yang berlaku di negeri Sarawak, sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi didengari. Namun, kejadian diserang buaya bukan sesuatu yang sering berlaku.

Terbaharu, seorang wanita dipercayai menjadi mangsa sang bedal apabila tiba-tiba diserang seekor buaya ganas ketika sedang membasuh kakinya di sebatang sungai dekat Tanjung Baru Suai, Miri, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai Grace Jamar dikatakan melawat rumah panjang Rumah Bada sempena Gawai Dayak.

Menurut penduduk tempatan, ada beberapa saksi yang menyaksikan kaki mangsa dibaham ketika wanita itu mendekati gigi air sekitar jam 7.45 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, operasi pencarian sedang giat dijalankan melibatkan beberapa agensi termasuk anggota polis, pertahanan awam dan penduduk kampung.

Difahamkan, lokasi kejadian iaitu Sungai Suai sememangnya dikenali sebagai lubuk buaya di Miri.

Pada tahun lalu, seorang nenek Manggin Nueng juga dilaporkan nyaris maut akibat dibaham binatang reptilia itu di lokasi yang sama.

Peristiwa Manggin yang berjaya menyelamatkan dirinya atas bantuan anak perempuannya juga pernah mendapat liputan media. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=NrGQYopsRmk

Tags: Buaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd