• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lans Koperal Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM8,600

oleh AK-47
14/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lans Koperal Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM8,600
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM8,600 dalam serbuan dijalankan di sekitar negeri ini pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, hasil serbuan dilakukan pasukan daripada Cawangan Risikan atau Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah merampas pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat 116.4 gram dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam.

“Anggota tersebut ditangkap di bawah kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Anggaran nilai jumlah rampasan adalah sebanyak RM8,600. Antara anggaran berat dadah yang dirampas iaitu pil yaba iaitu 110.87 gram; syabu (5.42 gram) dan heroin (0.11 gram).

“Anggota tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati anggota polis tersebut negatif dadah.

Menurutnya, anggota polis tersebut telah ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa serta siasatan dijalankan oleh pihak narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Mohd Khairi menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap penglibatan salah guna dadah serta jenayah di kalangan pegawai polis terutamanya kontinjen Terengganu.

“Pihak polis Terengganu akan terus komited dalam menjalankan siasatan dengan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang agar penjenayah dapat dihadapkan ke mahkamah,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: dadahLans Koperal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd