• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarian MH370 Diteruskan Sehingga Capai Keluasan 120,000km Persegi

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu tidak akan dihentikan sehingga kawasan pencarian meliputi 120,000 kilometer persegi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau menjelaskan misi mencari pesawat malang itu kini menghampiri kawasan seluas 60,000 km persegi di Lautan Hindi dan setelah selesai, keluasan pencarian akan ditambah kepada 60,000 km persegi lagi.

“Dalam mesyuarat membabitkan Australia, Malaysia dan China, kami buat keputusan apabila habis pencarian 60,000 km persegi, tak dapat cari lagi pesawat, kami akan besarkan lagi kawasan pencarian sehingga 60,000 km persegi.

“Sekarang kami dah menghampiri penghujung 60,000 kami akan tambah dan akan teruskan mencari pesawat itu dan kami tidak akan berhenti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan Malindo WiFi, Malindo Mobile dan Malindomag di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media Australia yang memetik Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) sebagai berkata kawasan pencarian MH370 tidak akan diperluas selepas 60,000 km persegi.

Menjelas lanjut mengenai kenyataan JACC itu Liow berkata :”Itu adalah tidak benar, mungkin berlaku salah faham”.

Menurut Liow selepas kawasan pencarian mencapai keluasan 120,000 km persegi kelak dan tiada sebarang petunjuk baharu mengenai MH370 ditemui, maka Malaysia, China dan Australia akan merujuk kepada pakar untuk tindakan selanjutnya.

Pesawat Boeing 777 MH370 itu yang membawa 239 orang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac 2014. – BERNAMA

 

Tags: Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd