• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi: Jangan Tanya Saya Kenapa DAP Tak Datang

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – ‎”Sikap DAP, terpulang kepada mereka. Itu (ketidakhadiran DAP) kena tanya DAP, jangan tanya saya,” tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang tidak hadir ke Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini. ‎

Menurutnya, pihaknya sudah menjemput semua pihak termasuk DAP untuk menghadiri Muktamar.

“Kita sudah jemput semua pihak untuk hadir untuk memeriahkan muktamar kita pada kali ini‎.

“Semua yang kami jemput,hadir..PKR hadir, pemerhati hadir dan NGO juga hadir,” katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas selesai menyampaikan ucapan dasarnya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab teguran Timbalan Ketua Muslimat Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud menegur Abdul Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Hal‎-hal peribadi perlu diselesaikan secara peribadi,” bidas Abdul Hadi lagi.

Siti Mariah ketika menjawab perbahasan usul kedua yang dibentangkan di Muktamar Tahunan kali ke-55 Dewan Muslimat Pas Pusat, di Shah Alam semalam ‎berkata, kedua-dua pihak harus ‎mengetepikan ego masing-masing dalam usaha menjernihkan hubungan dalam PR.

Siti Mariah juga berpendapat, kedua-dua pemimpin itu harus mengambil pendekatan dengan duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian bersama.‎

Menurutnya lagi, Abdul Hadi dan Kit Siang telah melakukan kesilapan yang besar melalui kenyataan-kenyataan yang dibuat mereka di media. – Sinar Harian Online

 

Tags: DAPMuktamar PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd