• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Serangan Terhadap Faisal, Akhyar Berkait ‘Bookie’

oleh AK-47
06/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Nafi Serangan Terhadap Faisal, Akhyar Berkait ‘Bookie’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie) yang mengatur keputusan perlawanan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai digesa tidak mereka-reka cerita yang tidak benar sehingga siasatan dijalankan.

“Beri kami ruang dan masa untuk siasatan berhubung kes ini dilaksanakan,” katanya ketika meninjau pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) 2024, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan motif sebenar mengenai kejadian yang menimpa bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim.

“Pada masa ini biar pihak polis menjalankan siasatan bagi mendapatkan motif sebenar mengenai kejadian ini,” katanya.

Razarudin berkata, pihaknya juga masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian serangan terhadap Faisal mempunyai kaitan dengan serangan terhadap seorang lagi pemain bola sepak yang mewakili Terengganu FC, Akhyar Rashid yang turut diserang dan disamun di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

“Kami (polis) berharap supaya mana-mana pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kejadian ini sehingga siasatan sedang dilengkapkan.

“Pada masa ini Polis Kontinjen Selangor sudah merakam keterangan dari tiga individu termasuk Faisal selain akan memanggil beberapa lagi saksi bebas yang dijangka dilakukan hari ini,” katanya.

Terdahulu, Faisal mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badannya selepas diserang seorang individu tidak dikenali dengan menggunakan bahan dipercayai asid.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 5 petang Ahad.

Sementara itu, Khamis lalu, pemain kebangsaan dan juga Terengganu FC, Akhyar diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu, Terengganu.

Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain tersebut mengalami kecederaan.

Difahamkan, suspek melarikan telefon bimbit dan dompet pemain tersebut sebelum melarikan diri.

-Sinar Harian

Tags: Bookiepolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd