• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Teman Lelaki Bella Mahu Ambil Tindakan Mahkamah

oleh Mohd Arshad
06/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Keluarga Teman Lelaki Bella Mahu Ambil Tindakan Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT : Keluarga kepada lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya sebelum mayat dibuang di rumah sewa terbiar dekat Tongkang Pechah, bersedia mengambil tindakan sivil terhadap mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa, Mila Sharmila Samsusah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam keluarga terbabit, Syahril Anuar Harun, berkata beliau dimaklumkan keluarga kepada tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, untuk mengambil tindakan itu demi membersihkan nama daripada fitnah dilemparkan terhadap mereka.

Beliau berkata, ini kerana kes bunuh ini hanya membabitkan tertuduh dengan Mila Sharmila atau dikenali sebagai Bella, 32, tanpa membabitkan keluarganya.

“Hasil daripada kes ini, kita dapati terdapat mereka (keluarga tertuduh) menjadi mangsa keadaan yang terkena tempias sedangkan perkara ini berlaku tanpa pengetahuan keluarga terbabit.

“Selama kes ini berlangsung, pihak keluarga tertuduh tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan, namun mereka terkena tempias dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Susulan itu, kami memberi nasihat dan juga berbincang dengan keluarga, kita mungkin mengambil tindakan sivil terhadap mereka yang membawa fitnah terhadap keluarga tertuduh ini,” katanya ditemui di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat, hari ini.

Terdahulu, Mohammad Haikal tiba di Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk sebutan izin bagi memindahkan kes bunuh membabitkan Mila Sharmila yang juga teman wanitanya pada Disember tahun lalu.

Turut kelihatan kedua-dua ibu bapa Mohammad Haikal yang mahu mendengar prosiding dihadapi tertuduh yang juga bekas posmen.

Ditanya sama ada tindakan itu ditujukan kepada keluarga Bella, Syahril Anuar berkata, beliau tidak menafikan perkara itu dan menjelaskan tindakan sivil diambil terhadap mereka terbabit susulan terlalu banyak isu serta fitnah dilemparkan di media sosial.

“Ia bukan perkara baharu (fitnah) malah sudah banyak kali berlaku. Tindakan ini adalah asbab untuk kita tunjukkan kepada mereka dan bukan dibuat secara suka-suka.

“Ada fitnah yang masih berlaku hingga sekarang, kita akan tengok mana yang relevan dan terpakai untuk diambil tindakan.

“Kita tak nak tuduh melulu namun kita nampak masih ada tuduhan dan fitnah menjurus kepada keluarga tertuduh,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kes BellaTindakan Mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Abai, Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

Abai, Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

14/08/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, berhubung sabitan atas...

6 Tulang Sah Milik Bella

6 Tulang Sah Milik Bella

30/03/2024
0

Batu Pahat : Enam tulang ditemukan berhampiran rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini, dua bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd