Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

AGC Bantah Permohonan Zuraida...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk...

3 Ditahan Dalam Operasi...

BALIK PULAU - Polis menahan pasangan masing-masing berumur 51 dan 56 tahun bersama...

Mahathir Licik Tak Guna...

KUALA LUMPUR - "Itu licik, bukan bersih namanya," kata Ketua Pemuda PAS, Nik...

6 Maut Hospital Terbakar...

MUMBAI - Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 145 mangsa lain berjaya diselamatkan,...

6 Tulang Sah Milik Bella

Batu Pahat : Enam tulang ditemukan berhampiran rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini, dua bulan lalu, sah milik Bella.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu disahkan kakak Bella, Norhisham Samsusah, 36, selepas keluarganya menerima laporan forensik daripada Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, malam tadi.

Tulang terbabit ditemukan oleh pemandu jengkaut berhampiran di lokasi penemuan rangka Bella yang mati dipercayai dibunuh teman lelakinya pada 11.30 pagi, 28 Februari lalu.

Norhisham atau lebih dikenali Ayu berkata, keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.

“Alhamdulillah syukur. Hari ni (Jumaat) saya dimaklumkan keputusan ujian forensik mengenai tulang memang milik arwah adik saya.

“Sekali lagi perasaan kami bercampur aduk, sebak, sedih, kecewa dan marah semua ada. Bila agaknya luka di hati kami akan pulih,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dia akan membuat tuntutan tulang terbabit di HSI, hari ini, dan ia akan dikebumikan di pusara Bella di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, di sini.


“Di bulan yang penuh keberkatan ini, saya memohon jasa baik semua pihak mendoakan arwah.

“Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah dan menerima amalan serta mengangkat darjatnya di sisi Allah,” katanya.

Jelasnya lagi, dia sekeluarga berharap tulang lain iaitu kaki dan belakang yang hilang dijumpai secepat mungkin.

“Satukanlah anggota arwah dan lengkapkan seperti mana yang lain dan saya juga sentiasa mendoakan supaya keadilan untuk arwah Bella dapat ditegakkan,” katanya.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember tahun lalu, sebelum rangka miliknya tidak sempurna ditemukan di rumah sewa terbiar selepas 36 hari kehilangannya.

Ibu tunggal dua anak itu dipercayai dibunuh teman lelakinya, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang kini sudah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori