• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanggup Langgar Polis Kerana Cukai Jalan Tamat Tempoh

oleh Mohd Arshad
01/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
2
Sanggup Langgar Polis Kerana Cukai Jalan Tamat Tempoh
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang : Dua penunggang motosikal ditahan selepas melanggar anggota polis ketika cuba mengelak daripada pemeriksaan trafik menerusi sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Pandan Indah, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, seorang suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR bertindak agresif ketika ditahan.

“Semasa anggota bertugas menghampiri motosikal jenis Yamaha Y15ZR, tiba-tiba suspek memulas minyak untuk melarikan diri dari sekatan lalu melanggar anggota bertugas menyebabkan suspek terbabas ke bahu jalan dan terjatuh.

“Manakala seorang lagi suspek yang menaiki Suzuki Axelo pula tidak memberi kerjasama semasa pemeriksaan badan dan pemeriksaan motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggota yang dilanggar bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-duanya suspek ditahan kerana menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-duanya suspek cuba melarikan diri kerana memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh.

“Anggota bertugas menahan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 38 tahun serta tindakan saman dikeluarkan kepada kedua-dua individu terbabit.

“Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Azam berkata, ujian saringan air kencing kedua-duanya suspek didapati negatif dadah manakala semakan kes lampau mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai 12 rekod jenayah.

Katanya, kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya memberikan kerjasama kepada pihak polis semasa pemeriksaan dibuat,” katanya.

-Harian Metro

Tags: cukai jalanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd