• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

oleh Mohd Arshad
29/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, S Kumaraguru, 33, dan isterinya T Agatishwari, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh secara bersama dengan niat telah memperdagangkan seorang wanita warga Myanmar, 41, dan wanita warga India, 21, bagi maksud eksploitasi kerja.

Perbuatan itu dilakukan antara Julai hingga Oktober 2023 di sebuah rumah beralamat di Taman Bayu Indera Lukut, Port Dickson.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan akan dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Peguam Hasvinder Singh Gill yang mewakili pasangan itu memohon jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan alasan suami isteri itu tidak bekerja dan menanggung dua anak yang masih kecil serta ibu bapa masing-masing.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM12,000 terhadap setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapi.

Surita turut menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi.

Sebutan semula pada 30 Mei depan.

BHonline-

Tags: pemerdagangan manusiaSuami Isteriwanita warga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd