• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK KKB: PN Umum Calon Pada 25 April – Muhyiddin

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Chong Wei Terkandas Di Paris
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Khamis depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemilihan calon itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN, esok.

“Pada mesyuarat, esok, kita akan membincangkan calon mana yang paling sesuai atas dasar boleh menang. Kita ada banyak calon tetapi apapun, mana-mana parti yang ada cadangan hendak kemukakan nama calon (lain), kita terima.

“Kita akan menilai siapa calon yang bakal dinamakan, dari segi kelayakan akademik dan pembabitan dalam badan bukan kerajaan.

“Sebaik-baiknya calon yang dikemukakan ialah calon dari kawasan Hulu Selangor dan tempatan, kerana sentimen orang tempatan perlu diambil kira,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU, di sini, hari ini.

Pada pilihan raya negeri, tahun lalu, Lee Kee Hiong daripada DAP berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi apabila mengalahkan Teoh Kien Hong (GERAKAN), Siva Prakash Ramasamy (MUDA) dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia).

Kerusi itu diisytiharkan kosong selepas Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu. Pengundian bagi PRK itu akan berlangsung pada 11 Mei depan, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

Bernama-

Tags: CalonPNPRK KKBTan Sri Muhyiddin Yassin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan sama ada wujud ‘tangan ghaib’ di sebalik tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd