• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM80 Juta Wujudkan Pusat Jantung Negara Sabah – PM

oleh Mohd Arshad
20/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM80 Juta Wujudkan Pusat Jantung Negara Sabah – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan segera RM80 juta bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara Sabah sekali gus menjadikan ia pusat rawatan jantung kedua terbesar negara selepas Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan kardiologi di Hospital Besar Kota Kinabalu (Hospital Queen Elizabeth 2) setakat ini ada klinik pakar, ada makmal kateterisasi invasif dan bukan invasif, ada dewan bedah kardiotorasik, ada tiga pakar dan 120 jururawat terlatih tetapi saya fikir ini tidak mencukupi untuk keperluan rakyat Sabah.

“Maka dengan ini, saya umumkan bertempat di Kompleks Hospital Besar Kota Kinabalu, kemudahan khas iaitu blok khas untuk jantung negara yang disebut sebagai Pusat Jantung Negara Sabah. Dengan ini kita akan tambah segera tiga orang pakar, sokongan terlatih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perdana Menteri turut menasihati orang ramai supaya menjaga kesihatan dengan makan secara bersederhana, mengurangkan makanan bergula dan berlemak serta melebihkan aktiviti senaman bagi mengelakkan mereka daripada pergi ke pusat jantung untuk mendapatkan rawatan.

Menerusi ucapan itu, Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan juga bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mewujudkan Pusat Kanser Negara Kuching.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran ribuan penduduk sejak 8 pagi dan pelbagai makanan serta persembahan turut disajikan.

-Sinar Harian

Tags: pmPusat Jantung Negara Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

13/09/2025
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam bagi membincangkan serangan Israel terhadap Qatar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd