• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bunuh, Bakar Bapa Saudara

oleh Mohd Arshad
19/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Bunuh, Bakar Bapa Saudara
Share on FacebookShare on Twitter

Ranau : Seorang lelaki dipercayai bukan sahaja membunuh malah membakar saudaranya sendiri sebelum serpihan tulang mangsa ditemukan dalam hutan di Kampung Kipaliu di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mangsa lelaki berusia 68 tahun ditemukan oleh keluarganya berdasarkan penemuan tulang yang dibakar di kawasan hutan belakang rumah mangsa, kira-kira 3 petang.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima laporan pengadu yang juga anak saudara kepada mangsa dan suspek, jam 9.43 malam.

Katanya, pengadu memaklumkan menemui serpihan tulang disyaki tulang manusia yang dibakar di kawasan hutan belakang rumah mangsa.

“Serpihan tulang itu dipercayai milik bapa saudaranya yang hilang pada 16 April lalu.

“Bagaimanapun semua serpihan tulang yang ditemui akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisa perbandingan DNA,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Simiun berkata, hasil siasatan menahan seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga anak saudara kepada mangsa.

“Suspek ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian untuk membantu siasatan. Polis masih dalam proses siasatan termasuk mengenalpasti motif sebenar kejadian,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Simiun berkata, polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mengganggu siasatan serta menggugat ketenteraman awam.

“Polis masih menjalankan siasatan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Polis Daerah Ranau di talian 088-875222,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kes bunuhKes Bunuh CEO Cradle Fund
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd