• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

oleh Mohd Arshad
17/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Maut Terjatuh Di Dalam Mesin Bancuhan Simen, Kepala Terputus
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR: Selepas 44 hari pencarian, kotak hitam helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas ketika melaksanakan latihan menyelamat di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor ditemui, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, berkata misi pencarian itu berakhir apabila pihaknya mengesan ekor helikopter itu di kedudukan 1.9 batu nautika selatan Pulau Angsa, di sini iaitu kira-kira 760 meter dari lokasi nahas berlaku.

Menurutnya, kotak hitam yang berjaya dinaikkan dari dasar laut kemudian dibawa ke makmal untuk dianalisa data rakaman bagi mengetahui punca sebenar insiden yang berlaku.

“Kami menjangkakan keputusan data akan diperoleh dalam masa terdekat berikutan keadaan kotak hitam tidak mengalami sebarang kerosakan yang teruk,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pada 28 Mac lalu, operasi pencarian membabitkan 21 penyelam berhadapan dengan kesukaran akibat arus deras di dasar laut, selain jarak penglihatan di dalam air yang terhad akibat dasar laut berlumpur.

Selain penyelam penyelamat Maritim Malaysia yang dikoordinasikan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), misi pencarian kotak hitam turut disertai kru sonar Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Selain itu turut menyertai ialah pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia serta kru kapal dan bot Maritim Selangor.

Dalam kejadian pada 5 Mac itu, pesawat yang diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan disertai Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim terpaksa melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

BHonline-

Tags: Helikopter Maritim MalaysiaInsiden Pulau Angsakotak hitam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Black Hawk-American Airlines: Kotak Hitam Masih Belum Ditemukan

Nahas Black Hawk-American Airlines: Kotak Hitam Masih Belum Ditemukan

31/01/2025
0

WASHINGTON - Penyiasat masih belum menemukan perakam data penerbangan daripada pesawat dan helikopter tentera yang terlibat dalam perlanggaran maut di...

Kotak Hitam Pesawat Jeju Air Henti Merakam 2km Sebelum Landasan

Kotak Hitam Pesawat Jeju Air Henti Merakam 2km Sebelum Landasan

27/01/2025
0

SEOUL - Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas tragik Jeju Air bulan lepas mengeluarkan laporan awal kemalangan itu pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd