• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Bayi Lelaki Ditemukan Dalam Tangki Pam Tandas Masjid

oleh Mohd Arshad
17/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ular Punca Kereta Api Laju Jepun Lewat 17 Minit
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pasir Simpul, Muhammad Mustaffa berkata, mayat ditemukan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang merupakan petugas kebersihan masjid itu pada 7 malam ketika sedang mencuci tandas.

“Selepas mencuci tandas, dia mengepam tandas dan ketika itu keluar cecair seakan darah yang berwarna merah pekat berserta dengan bau amat busuk.”

“Lelaki berkenaan yang menyangkakan pam tandas tersumbat terus mencungkil tangki pam tandas itu dengan kayu dan kemudian terkeluar tangan bayi yang telah mereput,” katanya ketika ditemui pemberita di masjid berkenaan di sini hari ini.

Muhammad berkata, petugas kebersihan terbabit yang terkejut dengan penemuan mayat bayi itu segera menghubunginya sebelum beliau bergegas ke masjid dan menghubungi pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin ketika dihubungi mengesahkan penemuan terbabit dan memaklumkan bayi cukup sifat itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum dijumpai.

“Suspek terlibat masih dikesan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bernama-

Tags: masjidMayat Bayitangki pam tandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd