• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

oleh Mohd Arshad
14/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan Iran telah menamatkan serangan balas di bawah Operasi Janji Benar ke atas wilayah Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Ia sudah berakhir dari sudut pandangan kami, namun tentera kami sentiasa siap siaga untuk bertindak jika wujud ancaman daripada musuh,” ujarnya pada Ahad beberapa jam selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan operasi menggemparkan itu.

Beberapa pakar percaya serangan dron pada skala perlahan itu untuk menghantar isyarat kepada Israel bahawa Iran boleh menggunakan keupayaan berbeza dalam taktik mereka.

“Teheran boleh melancarkan serangan berskala besar jika ia memilih untuk merentasi pelbagai vektor,” ujar penganalisis kanan di Institut Dasar Strategi Australia di Washington, Nishank Motwani.

Sejak awal bulan lalu, pihak berkuasa Iran telah berulang kali memberi amaran mahu ‘menghukum’ rejim Zionis kerana membunuh tujuh anggota IRGC termasuk dua jeneral unit elit Quds ketika ia melancarkan serangan ke atas konsulat Iran di Damsyik.

Beberapa hari selepas insiden itu, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khameni berkata, Israel akan ‘ditampar’ atas perbuatan mereka yang jelas menunjukkan Teheran tidak akan berdiam diri.

Sejak Revolusi 1979, Israel telah menjadi seteru utama negara republik Islam tersebut malah ia berulang kali menggesa tindakan membinasakan rejim Tel Aviv dengan sokongan ke atas tuntutan Palestin sebagai salah satu tonggak revolusi mereka.

Sehingga Sabtu, Teheran mengelak serangan secara terus ke atas Israel walaupun ia kekal menyokong gerakan Paksi Penentangan Anti-Israel terdiri daripada pejuang Hizbullah dan Huthi sejak Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.

Beberapa jam sebelum Operasi Janji Benar bermula, Teheran dilaporkan merampas kapal kontena yang didakwa ada kaitan dengan Israel di perairan Teluk yang turut dikecam Amerika Syarikat (AS).

SinarHarian-

Tags: IranOperasi Janji Benartamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd