• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Sejadah Mini Dianggap Alas Kaki: Pasar Raya, Pembekal Perlu Disiasat Kerana Cuai

oleh Mohd Arshad
14/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hina Agong: ‘Jika Dibiar Berterusan, Akan Jadi Api Dalam Sekam’
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat kecuaian sebuah pasar raya di Batu Pahat dan syarikat pembekal sehingga tercetusnya polemik sejadah mini yang disalah anggap alas kaki.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, berkata kecuaian berkenaan bukan sahaja menganggu-gugat masyarakat malah menyebabkan polemik berpanjangan.

Malah, katanya, pasar raya berkenaan juga bukan sahaja tidak meminta maaf mengenai kecuaian pelabelan produk sehingga mencetuskan salah faham itu malah menyalahkan pula pengguna yang memuat naik gambar sejadah mini yang sebelum itu dilabel sebagai produk lain.

“Pengurusan pasar raya berkenaan tidak bertanggungjawab apabila tidak langsung membuat permohonan maaf dan menyesali atas kesalahan mereka selepas tersilap melabel produk itu di rak jualan.

“Tindakan pasar raya terbabit menyalahkan pengguna prihatin pula dilihat sebagai jalan keluar mudah selepas mereka mencetuskan isu berkaitan sensitiviti masyarakat akibat kesilapan mereka sendiri.

“Oleh itu, saya cadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas termasuk menggantung sementara operasi pasar raya dan pembekal bagi menyiasat sama ada insiden ini disengajakan dan sebagai pengajaran isu seperti ini tidak berulang lagi.

“Jika PBT dan kerajaan Johor boleh bertindak tegas terhadap cawangan kedai serbaneka yang sebelum ini terpalit isu stoking tertera Kalimah Allah, isu ini juga perlu pendekatan tegas sama,” katanya hari ini.

Semalam, ‘alas kaki’ tertera gambar Kaabah yang dilaporkan dijual di sebuah pasar raya di Johor dan tular menerusi klip video di media sosial beberapa hari lalu, sebenarnya adalah sejadah mini.

AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) dalam kenyataan semalam, memaklumkan, pihaknya menyedari perkongsian di media sosial berhubung sejadah mini yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.

Sebelum itu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dilaporkan merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di daerah berkenaan, sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, dilaporkan berkata tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap tindakan pasar raya itu yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.

BHonline-

Tags: Alas Kakipasar rayasejadah mini
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jual Alas Kaki Corak Kaabah Dan Masjid, Dua Lelaki Direman 3 Hari

Jual Alas Kaki Corak Kaabah Dan Masjid, Dua Lelaki Direman 3 Hari

07/10/2024
0

Georgetown: Dua lelaki ditahan reman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan penjualan alas kaki didakwa menyerupai corak kaabah...

Dua Ahli ‘Sindiket Scammer’ Didakwa Memberi, Subahat Beri Rasuah RM60,000

Alas Kaki Gambar Kaabah: Siasatan Tetap Diteruskan

16/04/2024
0

KOTA TINGGI - Siasatan terhadap 11 alas kaki bergambar Kaabah yang didakwa sejadah mini dirampas di sebuah pasar raya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd