• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Penyiasat Mungkin Tangguh Operasi Faktor Cuaca

oleh AK-47
24/09/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASUKAN Penyiasat Op MH 17 Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kiev berkemungkinan besar tidak akan dapat memasuki lokasi nahas buat masa ini setelah mengambil kira faktor cuaca dan situasi keselamatan yang tidak mengizinkan di timur negara itu.

Memetik laporan abnxcess.com, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bilangan pasukan penyiasat yang terdiri daripada 30 petugas juga akan dikecilkan mengikut kesesuaian dan selebihnya akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

“Walaupun kita tidak dapat masuk ke lokasi nahas, ia bukan bererti misi ini gagal. Kita telah buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita sanggup bertugas dalam apa jua situasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi perjumpaan bersama semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam Op MH 17 PDRM di sini, pada Selasa.

Turut hadir SAC Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur, selaku Ketua Delegasi PDRM di Ukraine, ACP Hussien Omar Khan, Komander DVI PDRM dan ACP Nik Aziz Nik Abd Razak, Penasihat Perhubungan PDRM ke United Kingdom, selaku Pegawai Perhubungan PDRM di Ukraine.

Penugasan ini dijangka akan disambung semula pada bulan April tahun hadapan sebaik sahaja musim sejuk berakhir.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh.

Daripada 43 rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, mayat 41 orang terdiri daripada 26 penumpang dan 15 anak kapal sudah pun dikenal pasti. :-MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: SYA

Dari Laman Web

 

Tags: PDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd