• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Maut Dilanggar Lari Ketika Ke Sekolah

oleh Mohd Arshad
05/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dr Akmal Ditahan Bantu Siasatan Akta Hasutan, Komunikasi – KPN
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT: Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka dilanggar lari sebuah pikap dalam kejadian di KM 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, di sini pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang iaitu Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh Norazlan, 13, yang membonceng motosikal sedang dalam perjalanan menuju ke sekolah mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pikap dari arah Kuala Kangsar menghala Ipoh memasuki simpang ke sebelah kanan iaitu di persimpangan Taman Desa Salak secara tiba-tiba.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pikap terbabit merempuh motosikal Honda EX5 yang ditunggangi dua pelajar lelaki berkenaan yang dari arah bertentangan iaitu dari arah Ipoh menghala Kuala Kangsar.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua pelajar SMK Simpang Beluru berkenaan maut di tempat kejadian. Mayat kedua-dua pelajar itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk dibedah siasat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Khaizam berkata, polis kini sedang giat mengesan pemandu dan pemilik pikap terbabit yang didapati melarikan diri, dan sehingga kini masih belum membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

Orang awam yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Kasidi Che Ghani di talian 014-5073473 bagi membantu siasatan.

BHonline-

Tags: dua beradiklanggar larimautSekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd