• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaafar Alami Serangan Jantung Ketika Lakukan Prosedur Endoskopi

oleh Mohd Arshad
03/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jaafar Alami Serangan Jantung Ketika Lakukan Prosedur Endoskopi
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG : Anak angkat kepada Jaafar Onn, 73, iaitu Mohd Hanif Mohd Hashim memaklumkan arwah meninggal dunia ketika sedang menjalani prosedur endoskopi di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohd Hanif berkata, doktor sudah mengingatkan bahawa prosedur berkenaan mempunyai risiko tinggi disebabkan keadaan jantung arwah dalam keadaan lemah.

“Pagi tadi papa (Jaafar Onn) melalui prosedur endoskopi dan doktor memang ada beritahu prosedur ini berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah, tapi terpaksa buat sebab pendarahan.

“Degupan jantung arwah memang tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar jam 10 pagi, papa mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia pada jam 11.32 pagi,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Hanif menjelaskan, arwah pergi ke klinik disebabkan mengalami tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar.

Katanya, doktor turut memaklumkan kemungkinan pendarahan berlaku berpunca pengambilan ubat tahan sakit yang diambil dalam jangka masa panjang.

“Papa mengalami tekanan darah rendah, kelmarin. Pada masa sama, Papa juga membuang air besar berdarah. Pendarahan terlampau banyak dan tak berhenti.

“Buang air besar berdarah pula kemungkinan disebabkan ada ‘ulser’ dalam perut. Sepatutnya ada rawatan susulan pada Februari lalu, tapi arwah tak dapat pergi sebab ada urusan lain.

“Pendarahan berlaku mungkin disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil papa. Ikutkan memang sudah lama papa ambil ubat tahan sakit, sebelum saya jaga arwah lagi.

“Ubat tahan sakit dimakan sebab sakit lutut. Ramadan tahun lalu arwah dapat tahu ada masalah jantung.

“Masalah jantung juga menyebabkan kakinya bengkak,” katanya.

Jenazah Allahyarham Jaafar diuruskan terlebih dahulu di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarganya untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor.

-Berita Harian

Tags: Endoskopijaafar onnserangan jantung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Maut Dihempap Lengan Bapa Kena Serangan Jantung, Bapa Turut Meninggal

Bayi Maut Dihempap Lengan Bapa Kena Serangan Jantung, Bapa Turut Meninggal

19/06/2025
0

MELAKA: Bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat dihempap lengan bapanya yang secara tiba-tiba diserang sakit jantung di...

Rafizi Stabil Selepas Serangan Jantung

Rafizi Stabil Selepas Serangan Jantung

21/10/2023
0

IPOH: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menghidap penyakit jantung baru-baru ini, kata Menteri Kesihatan, Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd