• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

oleh AK-47
02/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel
Share on FacebookShare on Twitter

Kempen boikot yang berterusan terhadap beberapa syarikat rantaian berkaitan Amerika Syarikat di Malaysia akhirnya akan memberi kesan dan menjejaskan pekerja tempatan di negara ini, kata Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D Kagan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bercakap pada sidang media rasmi pertamanya, hari ini, Kagan, berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka secara aman, termasuk melalui boikot dan tindakan protes.

“Saya lega kerana boikot (di Malaysia) berjalan dengan aman.

“Saya rasa adalah malang kerana akhirnya seperti kebanyakan kamu tahu, dua syarikat utama yang diboikot itu, satu dimiliki oleh rakyat Malaysia dan satu lagi oleh Saudi.

“Mereka yang terkesan dan menderita akibatnya adalah pekerja Malaysia,” kata Kagan.

Sejak pembedilan dan serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di bumi Gaza memuncak, antara jenama utama berkaitan AS yang telah menjadi sasaran boikot, termasuk McDonalds dan Starbucks, yang mempunyai cawangan mereka di hampir seluruh Malaysia.

Walaupun Kagan tidak menamakan sebarang jenama, Starbucks dimiliki oleh Berjaya Group, manakala syarikat yang menguruskan McDonald’s di Malaysia dimiliki oleh sebuah syarikat Arab Saudi.

Bulan lalu, McDonald’s Malaysia melalui Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) – pemilik francais McDonald’s di Malaysia – menarik balik saman undang-undang terhadap Boycott Divestment Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) berikutan proses mediatasi.

-Malaysia Kini

Tags: ASdutaIsraelMalaysiaPalestin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd