• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Korea Selatan Temui Kamera Pengintip Di 40 Pusat Mengundi, Kiraan Undi

oleh Mohd Arshad
01/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Polis Korea Selatan Temui Kamera Pengintip Di 40 Pusat Mengundi, Kiraan Undi
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL : Polis Korea Selatan mengenal pasti kamera pengintip dipasang di hampir 40 lokasi pusat pengundian dan pengiraan undi awal di seluruh negara, menjelang pilihan raya umum (PRU) yang dijadual berlangsung 10 April ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Balai Polis Nonhyeon di Incheon, Jumaat lalu memaklumkan suspek berusia 40-an ditahan kerana disyaki memasang kamera di pusat pengundian di Incheon serta Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, pada 28 Mac lalu dan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Incheon.

Berdasarkan pihak polis, suspek dikenal pasti sebagai pempengaruh pelampau kanan di aplikasi YouTube dan sering menimbulkan kecurigaan mengenai pilihan raya palsu, seperti pengundian menerusi wakil atau manipulasi mesin pengiraan undi.

Suspek juga didapati memasang kamera di pusat pengundian awal ketika pilihan raya kecil bagi memilih ketua Gangseo-gu di Seoul, tahun lalu. Proses pengundian awal dijadual berlangsung Jumaat dan Sabtu ini.

Suspek ketika ditanya mengenai tujuannya memasang kamera terbabit, hanya memaklumkan ‘ingin menyemak bilangan pengundi awal’, selain ‘curiga mengenai perbezaan ketara antara keputusan pengundian awal dan hari mengundi’.

Kebanyakan kamera dipasang suspek itu berselindung sebagai peralatan telekomunikasi dalam bentuk alat pengecas dengan pelekat memaparkan nama penyedia rangkaian.

Susulan siasatan lanjut, pegawai polis kelmarin, mengenal pasti 14 lokasi lain, biarpun Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan pada awalnya melaporkan menemui kamera haram dipasang di 26 lokasi, termasuk pusat pengundian awal.

Kamera dipasang suspek pada awalnya hanya ditemui di Incheon dan Yangsan, namun polis menemui lebih banyak kamera pengintip di pelbagai lokasi lain di seluruh negara.

Antaranya termasuk Seoul, Busan, Ulsan, dan Daegu, serta bandar lain di Wilayah Gyeongsang Selatan dan Gyeonggi, selepas menjalankan penyiasatan kecemasan bersama Kementerian Dalam Negeri.

Selain kamera yang ditemui, polis juga menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada alat itu turut dipasang di lokasi lain.

Mereka juga percaya masih banyak kamera dipasang suspek yang belum ditemui.

Suruhanjaya Pilihan Raya Korea Selatan (NEC) pada 29 Mac lalu, memaklumkan sedang membuat pemeriksaan tergempar ke atas pusat pengundian awal bersama Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan serta kerajaan tempatan bagi mengenal pasti sama ada terdapat kamera pengintip lain yang dipasang.

“Kami bercadang menjalankan pemeriksaan akhir sekali lagi apabila tempat pengundian awal dibuka Khamis ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kamera PengintipPolis Korea SelatanPusat Kiraan Undipusat mengundi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Jadi Pusat Mengundi Dijangka Bertambah

Sekolah Jadi Pusat Mengundi Dijangka Bertambah

24/08/2022
0

PORT DICKSON - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjangkakan bilangan sekolah yang akan dijadikan pusat pengundian semasa Pilihan Raya Umum ke-15...

PRN Johor: Tiada Masalah MRSM Diguna Sebagai Pusat Mengundi – Mahdzir

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd