• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keciciran Murid: KPM Adakan Sesi Libat Urus SBJK Dengan 11 Negeri

oleh AK-47
27/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keciciran Murid: KPM Adakan Sesi Libat Urus SBJK Dengan 11 Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan sesi libat urus dengan 11 negeri berhubung keperluan untuk memperluas Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) iaitu program yang diwujudkan bagi memberikan akses pendidikan kepada kanak-kanak yang tercicir persekolahan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, sesi itu melibatkan Pulau Pinang, Johor, Pahang, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Hasil (dapatan) sesi libat urus itu akan kita tinjau (teliti) sebelum satu keputusan akhir dibuat oleh KPM,” katanya menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang bertanyakan keberkesanan SBJK dalam mengurangkan isu keciciran murid sekolah, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Kah Woh berkata, SBJK diperkenalkan pada 2013 di Chow Kit di sini bagi memberi akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan dan terpinggir di sekitar ibu kota sebelum diperluaskan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di Kota Kinabalu, Sabah pada Oktober lepas.

Beliau berkata, berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran di peringkat sekolah rendah pada tahun lepas hanya 0.06 peratus, menurun berbanding 0.29 peratus pada 2017.

“Pada peringkat sekolah menengah, kadar keciciran menurun dari 1.36 peratus pada 2017 kepada 0.83 peratus pada 2023 dan sekiranya dibanding antara sekolah rendah di bandar dan luar bandar, kadar murid yang keluar dari sekolah KPM di bandar adalah 0.37 peratus, manakala sekolah rendah di luar bandar (0.1 peratus).

“Untuk peringkat menengah, kadar murid yang keluar dari sekolah adalah 3.13 peratus di bandar dan 4.67 peratus di luar bandar. Kadar ini ambil kira keseluruhan murid yang bersekolah di Malaysia,” katanya.

Kah Woh berkata, pelbagai langkah telah dilakukan KPM untuk terus mengurangkan keciciran murid, termasuk menyediakan 18 jenis bantuan persekolahan pada 2023, merangkumi 13 jenis bantuan khusus dan lima jenis bantuan umum yang turut diagihkan kepada murid yang tercicir akibat kemiskinan.

“Selain itu, program outreach murid cicir turut dijalankan di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat. Tahun lepas, program ini berjaya memujuk seramai 1,269 murid sekolah rendah dan 2,006 pelajar menengah untuk kembali ke sekolah,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Keciciran MuridKPMSesi Libat Urus
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 di ibu negara hari ini kecoh...

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) membantah sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd