• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang: Operasi Bas Balik Raya Dijangka Terjejas

oleh Ahmad Albab
03/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perjalanan orang ramai untuk balik ke kampung menggunakan bas ekspres sempena sambutan Aidilfitri bulan depan mungkin terjejas berikuan pelbagai kesulitan yang dihadapi pengusaha perkhidmatan itu.

Ini berikutan adanya pengusaha bas yang mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan bas tambahan bagi menampung permintaan orang ramai pada musim perayaan ini.

Malah, keadaan bertambah buruk berikutan kemelut tambang bas ekspres yang masih belum bernoktah sehingga hari ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, beliau menerima rungutan daripada pengusaha yang terhimpit dengan kesan kenaikan kos operasi terutamanya selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan April lalu.

“Pengusaha bas dapat banyak tekanan kerana GST, mereka kena tanggung kos enam peratus yang dikenakan terhadap alat ganti bas dan beberapa barang lain yang dibeli untuk operasi harian. Namun mereka tak boleh kenakan GST atas tiket.

“Saya khuatir nanti pengusaha tak sediakan perkhidmatan bas tambahan pada Hari Raya Aidilfitri kerana kos operasi meningkat. Lagipun pengusaha kena minta pekerja untuk bekerja pada cuti umum dan pengusaha perlu membayar gaji berganda,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Mohamad Ashfar berkata, kebimbangan itu timbul selepas pengusaha memaklumkan mereka tidak meraih keuntungan sekiranya bas tambahan disediakan pada musim perayaan nanti.
“Tiket dijual pada harga sama tapi kos operasi meningkat. Jadi pengusaha dapati mereka tanggung kerugian kerana perjalanan menjadi sehala, bas pula akan kosong untuk perjalanan balik semula ke Kuala Lumpur,” katanya.

Namun, beliau berkata, perkhidmatan bas untuk laluan sedia ada tetap berjalan seperti biasa.

“Perkhidmatan sedia ada akan berjalan seperti biasa, kita kena ikut undang-undang. Namun perkhidmatan bas tambahan bergantung kepada setiap pengusaha. Saya pun tak boleh nak paksa kalau mereka cakap asyik tanggung kerugian,” katanya.
Justeru, beliau mendesak kerajaan melaksanakan kadar tambang baharu yang disyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan serta-merta bagi mengelak penumpang berdepan kesulitan untuk balik ke kampung halaman.

“Saya minta kerajaan ambil kira masalah yang dihadapi pengusaha. Mereka tertekan lebih-lebih lagi apabila GST dilaksanakan dan harga minyak naik awal bulan ini,” katanya.

Terdahulu, SPAD mengumumkan tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus bermula 15 Mei lalu berikutan berlakunya peningkatan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans.

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, penetapan terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang bas ekspres dibuat pada 2009.

Kenaikan tambang bas ekspres untuk perjalanan seluruh negara adalah antara RM4.60 sehingga RM11.

Namun, Kabinet memutuskan kenaikan kadar tambang baharu untuk bas ekspres ditangguhkan kerana berpendapat ianya tidak sesuai diumumkan dalam keadaan sekarang. – mStar Online

 

Tags: bas ekspresSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd