• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 168 Rumah Rosak, Pokok Tumbang Dalam Ribut Di Kluang

oleh Ahmad Albab
03/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lebih 168 rumah di empat kawasan perumahan di Kluang rosak teruk dalam kejadian ribut petang semalam.

Pegawai Daerah Kluang Mohd Fuad Radzuan bagaimanapun berkata, dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 6.00 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Fuad berkata kejadian menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan kawasan terjejas turut mengalami gangguan bekalan elektrik.

Beliau berkata jumlah penduduk yang terlibat belum dapat dipastikan dan usaha merekodkan jumlah mangsa sedang dilakukan.

“Kita akan memaklumkan kejadian kepada Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor dan semua agensi kerajaan yang terlibat sudah diarah memberikan bantuan,” kata beliau.

Fuad berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memberikan bantuan makanan dan pelbagai keperluan lain manakala semua rumah yang ditinggalkan juga akan dikawal selia oleh pihak Polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan tentera.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kluang dan Penolong Kanan Penguatkuasa Bomba Akob Sidek berkata kawasan terjejas adalah Taman Ilham, Taman Ko-Rakyat, Taman Indah Jaya dan Paloh.

Beliau berkata pihak bomba Kluang mendapat panggilan kecemasan pada pukul 6.30 petang.

“Kira-kira 20 anggota bomba dari Kluang dan 10 anggota bomba sukarela dari Ayer Hitam bersama tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian,” kata beliau ketika dihubungi di sini, malam ini.

“Kami masih menunggu pendaftaran dari mangsa-mangsa yang terlibat bagi memastikan jumlah yang terjejas teruk.

“Buat masa ini, kami berada di bilik gerakan sementara di Taman Indah Jaya bagi mendaftar mangsa,” kata Akob.

Akob berkata bagi mangsa yang rumahnya kritikal, mereka akan ditempatkan di dua pusat pemindahan – Dewan Kampung Tengah dan Dewan Kampung Paya.

Kejadian yang berlaku selama 15 hingga 20 minit itu turut menyaksikan Paloh mengalami banjir kilat.

Bagaimanapun pusat pemindahan mangsa masih belum dipastikan. – BERNAMA

Tags: ribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd