• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Fadillah Nafi Parlimen Muar Tak Disalur Peruntukan

oleh Mohd Arshad
17/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Resolusi Perangi Islamofobia Di PBB Dapat Sokongan Majoriti
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan kawasan Parlimen Muar tidak disalurkan peruntukan oleh kerajaan seperti didakwa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Fadillah turut menafikan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berjumpanya tiga kali bagi membincangkan isu berkenaan.

Menurutnya, Syed Saddiq ada berjumpanya dua kali sebelum ini namun beliau tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana isu peruntukan perlu dibincangkan bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Kalau dia (Syed Saddiq) jumpa TPM tiga kali, dengan saya hanya dua kali, yang satu lagi saya tak tahu,” katanya ketika ditemui selepas Program Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al Hidayah, Taman Sejoli, Petra Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Syed Saddiq, Khamis lalu bahawa kawasannya belum menerima sebarang peruntukan walaupun sudah tiga kali berunding dengan Timbalan Perdana Menteri.

Syed Saddiq dilaporkan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan isu berkenaan.

Dakwaan itu terkandung dalam pemberitahuan pertanyaan lisan Dewan Rakyat seperti disiarkan di laman web Parlimen.

Dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan dibangkitkan Syed Saddiq, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata lebih RM300 juta disalurkan menerusi pelaksanaan puluhan projek di Parlimen Muar.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, kerajaan ada menyalurkan peruntukan untuk kawasan Parlimen Muar tetapi bukan peruntukan kepada Ahli Parlimen Muar.

“Mungkin itu (peruntukan kepada Ahli Parlimen) yang beliau maksudkan kerana peruntukan untuk kawasan Parlimen Muar memang kerajaan ada salurkan,” katanya.

Fadillah berkata, pengagihan peruntukan kepada ahli Parlimen belum dapat diputuskan kerana ketua pembangkang belum berjumpanya untuk mengadakan perbincangan lanjut.

Menurutnya, Hamzah bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Ronald Kiandee sepatutnya berjumpa beliau Selasa lalu.

Bagaimanapun, perjumpaan itu terpaksa ditangguhkan kerana Takiyuddin terpaksa balik ke Kota Bharu atas urusan penting.

“Jadi, mereka minta tangguh dan dijangka berjumpa saya minggu depan namun tarikhnya belum ditetapkan.

“Saya perlu berjumpa mereka, Takiyuddin ada berjumpa saya sebelum ini namun tiada perbincangan spesifik, tetapi Ketua Pembangkang belum lagi.

“Saya perlu mendengar apa permohonan mereka, barulah saya dapat membawanya kepada kerajaan untuk kemukakan permohonan itu, apa syarat dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amanat kepada mereka untuk berbincang dengannya bagi menyatakan apa kemahuan mereka.

“Selepas berjumpa mereka (tiga pimpinan tertinggi Perikatan Nasional) barulah saya membentangkan kepada kerajaan untuk dibincangkan, kemudian barulah diadakan perundingan,” katanya.

Mengenai pemusatan kuasa untuk memberi permit atau kebenaran serta kelulusan kepada warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menguasai industri sayur, Fadillah berkata, prosedur sedia ada dikuatkuasakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

BHonline-

Tags: Parlimen MuarperuntukanTPM Fadillah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

22/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta setiap tahun kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd