• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lengkapkan Siasatan Kes Siti Dhia Batrisyia

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Lengkapkan Siasatan Kes Siti Dhia Batrisyia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis dalam proses melengkapkan siasatan Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang, berhubung kes kehilangan kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, yang ditemui awal pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Perumahan Awam Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, Selasa lalu, ditemui di Sri Rampai, Wangsa Maju, di sini, sekitar jam 2.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pada masa ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan selain menunggu laporan pemeriksaan kesihatan.

“Kanak-kanak itu ditemui oleh orang awam di Sri Rampai, Wangsa Maju, berdasarkan maklumat orang awam.

“Susulan maklumat itu, kita berjumpa dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk melakukan pencarian di kawasan berkenaan kira-kira jam 1 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihaknya dihubungi ibu mangsa memaklumkan ada orang awam yang membuat pencarian menemui kanak-kanak berkenaan merayau bersendirian di lokasi terbabit.

“Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika ditemui, sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian dan apa yang berlaku sepanjang kehilangan kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Syarifah Rosfazila Syed Mohd Fazili, 41, berkata, keluarganya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari Siti Dhia Batrisyia

“Dengan rasa rendah hatinya, kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua, hanya Allah dapat membalas segalanya,” katanya.

Sebelum ini Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan sudah merakam keterangan lima individu berhubung kehilangan Siti Dhia Batrisyia.

Noor Dellhan dilaporkan berkata, lapan individu terbabit terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga kanak-kanak itu.

BHonline-

Tags: Kes Siti Dhia Batrisyiapolissiasatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya siasatan berhubung kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd