• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sharnaaz Ahmad Tak Takut Dikecam Bad Boy Industri Hiburan

oleh AK-47
04/06/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Sharnaaz Ahmad mengatakan dia tidak takut dikecam sebagai salah seorang pelakon ‘bad boy’ yang membawa imej tidak baik kepada industri hiburan.

Ini berikutan namanya sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi sejak menceburi bidang lakonan lima tahun lalu.

“Saya tak takut dikecam sebagai bad boy dalam industri hiburan. Kalau tiada bad boy tiada warna dalam industri. Kalau semua nak good boy je, nak comel-comel je, kpop kan ramai. Kalau nak kata saya bad boy, semua orang ada bad boynya.

“Cuma dia tunjuk tak tunjuk je, inilah diri saya, saya tak bad boy, saya budak baik,”katanya dalam nada berseloroh kepada Mynewshub semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem Darah Panas, di TGV One Utama, Damansara, semalam.

DSC_1956
Barisan pelakon yang membintangi filem Darah Panas.

Menerusi filem arahan Arjin Uppal itu, Sharnaaz memegang peranan sebagai Adi, seorang pemuda yang cuba menyelamatkan seorang gadis kampung yang diperdaya menjadi pelacur oleh sindiket pelacuran di ibu kota.

Menyentuh mengenai lakonannya dalam filem itu, Sharnaaz berkata, “Saya tak puas hati dengan lakonan dalam filem ini kerana saya tahu saya boleh buat yang lebih baik daripada ini. InsyaAllah saya akan tingkatkan mutu lakonan dari masa ke semasa.”

Untuk makluman, penggambaran filem yang turut dibintangi Fathia Latiff, Sofi Jikan dan Adam Corrie Abdullah ini telah dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, peminat setia aktor ini pastinya sudah mengetahui yang Sharnaaz kini kelihatan semakin rapat dengan wanita yang dikenali sebagai Anis Al-Idrus.

Namun, Sharnaaz enggan memberi sebarang komen lanjut mengenai perkara itu.

“Ini bukan cliche ke apa tapi saya dan Anis Al-Idrus memang takde apa-apa pun. Rapat tu rapatlah tapi bukan dia seorang,” katanya lagi.

Setelah mencuba bidang lakonan, perniagaan gim dan penjualan kolagen, Sharnaaz menyatakan impiannya ingin menceburkan diri dalam bidang pengacaraan terutamanya program berbentuk bual bicara dan travelogue. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR 
Foto/Video:  RIZA RAZAK 

https://www.youtube.com/watch?v=OL5Yl9NM3rk&feature=youtu.be

DARAH PANAS OFFICIAL TRAILER – DI PAWAGAM 4 JUN 2015

Tags: FILEMmyArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd