• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Dijangka Panas, Kering Sepanjang Ramadan

oleh Mohd Arshad
08/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Taburan hujan yang berkurangan diramal menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih kering dan panas sepanjang Ramadan ekoran fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Chung Jing Xiang berkata, fenomena tersebut berlaku disebabkan angin timuran yang biasanya bertiup ke arah Malaysia menjadi lemah dan bertukar ke arah Lautan Pasifik.

Menurutnya, hujan sukar terbentuk apabila kelembapan di kawasan negara berkurangan dan beralih ke arah lautan Pasifik menyebabkan corak cuaca menjadi lebih kering dan panas.

“Sekiranya hujan lama tidak turun, kualiti udara boleh juga mengalami penurunan kerana hujan yang membersihkan zarah-zarah habuk yang terampai di atmosfera.

“Keadaan ini juga menyebabkan kawasan hutan dan belukar boleh menjadi kering dan berisiko untuk terjadinya kebakaran.

“Jika keadaan kering dan panas ini berterusan dan bertambah serius, bekalan air boleh terjejas,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata, Climate Prediction Center (CPC), National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) dalam perbincangan pada awal bulan lalu memaklumkan bahawa mereka mendapati keadaan di Lautan Pasifik Timur dan Timur Tengah sudah menunjukkan tanda-tanda pengakhiran kejadian El Nino.

Katanya, terdapat kebarangkalian sekitar 79 peratus untuk keadaan itu kembali pulih kepada situasi biasa antara April hingga Jun depan.

“Saya berpandangan bahawa kita tidak perlu terlalu risau terhadap kejadian El Nino kerana sekiranya jangkaan CPC ini tepat, kesan negatif El Nino terhadap Malaysia, termasuklah Terengganu tidak akan berlarutan dalam tempoh panjang.

“Dengan persiapan yang mencukupi dan sentiasa mengikuti saranan agensi-agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), kita mungkin tiada masalah untuk menghadapi dugaan alam semula jadi ini,” katanya.

Meskipun begitu, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya menjaga kesihatan secara lebih optimum dan tidak sesekali melakukan tindakan yang berisiko menyebabkan pembakaran terbuka.

SinarHarian-

Tags: Cuacapanasramadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih

Next Post

Kilang Goodyear Tutup: Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Bantu 550 Pekerja Terjejas

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post
Cuaca Dijangka Panas, Kering Sepanjang Ramadan

Kilang Goodyear Tutup: Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Bantu 550 Pekerja Terjejas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd