• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih

oleh Mohd Arshad
08/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan disarankan untuk menangguhkan kadar baharu cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 8 peratus berikutan kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib berkata, cadangan itu merupakan langkah segera yang perlu diambil untuk mengawal kadar inflasi sehingga ekonomi negara benar-benar pulih.

“Selaku salah seorang penggubal undang-undang, seluruh rakyat sudah pasti akan merasai peningkatan kos sara hidup dengan kenaikan kadar SST 8 peratus serta perluasan skop SST tersebut.

“Walaupun tidak semua perniagaan yang dikenakan kenaikan kadar SST tersebut, ia akan memberi kesan negatif kepada keseluruhan rantaian bekalan ekonomi negara.”

“Kenaikan kadar SST ini akan memberi kesan segera kepada peningkatan kos perniagaan yang akhirnya akan disalurkan oleh peniaga kepada pengguna melalui harga barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

SST 8 peratus telah berkuat kuasa pada 1 Mac berbanding 6 peratus sebelum ini. Bagaimanapun kadar baharu itu tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak.

Selain itu, kata Muhammad Ismi, beliau juga membantah terhadap isu pemansuhan pencen bulanan bagi penjawat awam yang berstatus tetap.

“Bantahan tersebut adalah bagi meraikan sumbangan mereka selaku tulang belakang kepada perkhidmatan awam.

“Selain itu, beberapa isu dan permasalahan di Parlimen Parit telah disuarakan seperti keperluan Klinik Kesihatan Pekan Parit yang baharu dan status perkembangan cadangan pembinaan lapangan terbang berhampiran Felda Nasarudin dekat Bota,” katanya.

Beliau berharap isu yang dibangkitkan itu dapat dijawab dengan lengkap oleh setiap Kementerian berkaitan pada sesi penggulungan Dewan Rakyat minggu depan.

SinarHarian-

Tags: EkonomiSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd