• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stok Bekalan Makanan Selangor Dijangka Cukup Tiga Bulan – MB

oleh Mohd Arshad
25/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Rotan, Dera Anjing Disiasat
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Stok bekalan makanan di Selangor dijangka mencukupi sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan sekiranya berlaku sebarang bencana termasuk kemarau.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, stor bekalan makanan yang ketika ini sedang dibina di utara Selangor itu dijangka akan menjadi tempat simpanan makanan berunsurkan karbohidrat iaitu beras dan protein sama ada ikan, daging atau ayam.

“Insya-ALLAH kalau projek ini lengkap, Selangor akan mempunyai keterjaminan makanan sehingga tiga bulan. Maknanya, kalau adanya peperangan sekitar (antarabangsa) dan beras tidak dapat diimport dan sebagainya, kita masih ada bekalan makanan.

“Jadi, Selangor akan menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang akan mempunyai daya tahan kerjaminan makanan selama tiga bulan tanpa ganggu-gugat daripada mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ekspo Jualan Termurah Madani di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kadar keterjaminan bekalan bagi tempoh tiga bulan tersebut sangat relevan memandangkan Selangor mempunyai kira-kira tujuh juta rakyat.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata, kerajaan negeri berhasrat menggabungkan Jualan Ehsan Rakyat (JER) iaitu inisiatif meringankan beban dilaksanakan kerajaan negeri dengan Jualan Termurah Madani.

Hal itu katanya, bagi membolehkan rakyat berbelanja dengan lebih murah seperti dilakukan menerusi Jualan Ehsan Rahmah hasil kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kita sasar paling tidak, satu (kawasan) Parlimen satu kali dapat dibuat dalam tahun ini dengan melihat kepada kekuatan dan kemampuan kita.

“Saya akan mempertemukan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dalam mencari pendekatan lebih baik dan tidak menelan subsidi besar dalam masa sama memastikan barangan sampai kepada rakyat dengan harga murah,” katanya.

Bernama-

Tags: selangorstok bekalan makanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd