• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perginya Bapa Pemodenan Sarawak

oleh Mohd Arshad
21/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching : Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, figura penting yang membawa perubahan besar kepada Sarawak sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan Sarawak pada 1981.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemergiannya amat dirasai segenap lapisan rakyat Sarawak yang menikmati pembangunan yang dibawanya menerusi dasar politik pembangunan.

Dasar yang digerakkan Allahyarham selama 32 tahun menerajui Kerajaan Sarawak itu menjadi jenama tersohor mengubah landskap negeri ini.

Dasar politik pembangunan itu juga menjadi asas kepada penggantinya, Tan Sri Adenan Satem untuk memperkasakan lagi pembangunan infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar.

Kini, dasar yang membawa kepada kestabilan politik diteruskan untuk melonjakkan ekonomi Sarawak di bawah kepimpinan Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Allahyarham yang berketurunan Melanau dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936 adalah anak saudara Ketua Menteri Sarawak ketiga yang juga Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat, Allahyarham Tun Abdul Rahman Yakub.

Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St Joseph di Kuching.

Tamat sekolah menengah, Abdul Rahman mahukan beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.

Selepas lulus cemerlang pada peperiksaan Senior Cambridge pada 1958 beliau layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan, sehingga berjaya mendapat ijazah pertama pada tahun 1960.

Selepas balik ke Sarawak, beliau dilantik sebagai pendakwa raya di dalam Crown Council pada 1962 sehingga 1963.

Beliau kemudiannya mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi individu termuda yang dilantik dalam Kabinet sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya pada 1963 pada usia 27 tahun.

Pada 1968 hingga 1970, beliau dilantik pula sebagai Penolong Menteri Persekutuan bagi portfolio Perdagangan dan Industri.

Pada 1970, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Kota Samarahan dan mewakili kawasan itu selama 38 tahun.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan Menteri Sumber Semula Jadi (1972-1974).

Bermula pada tarikh 26 Mac 1981, beliau mengambil alih pentadbiran kerajaan Sarawak daripada Abdul Rahman dan menjadi Ketua Menteri paling lama berkhidmat sehingga meletak jawatan pada 28 Februari 2014 apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh.

Beliau menjadi ketua negeri sehingga 25 Januari lalu selepas berkhidmat selama 10 tahun.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai dalam Kabinet Persekutuan dan negeri seterusnya menjadi ketua negeri, beliau mengabdikan hidupnya untuk membangun dan mensejahterakan Sarawak.

Ketika menjadi Ketua Menteri, beliau mempamer kualiti sebenar sebagai pemimpin rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan agama di Sarawak.

Beliau menyatukan rakyat dan mewujudkan kestabilan politik di Sarawak di bawah dasar politik pembangunan dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar untuk menjamin masa depan Sarawak sebagai ekonomi moden.

Beliau juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan Sarawak apabila mengeksploitasi sumber kekayaan baharu di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Di dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) beliau adalah Presiden paling lama iaitu selama 33 tahun bermula 1981 sehingga 2014.

Abdul Taib berkahwin dengan wanita berketurunan Poland, Puan Sri Laila Taib pada tahun 1959 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Jamilah Hamidah Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman dan Datuk Hanifah Hajar.

Selepas kematian Laila akibat barah pada 29 April 2009 beliau berkahwin pun dengan wanita Lubnan, Toh Puan Raghad Kurdi pada 2010.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun.

HarianMetro-

Tags: Bapa pemodenansarawakTun Abdul Taib Mahmud
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd