• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat ‘Drama’ Pasangan Kekasih Warga Asing Tepi Kolam

oleh Mohd Arshad
18/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Tindakan seorang lelaki menarik rambut dan mengheret kekasihnya ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Jalan Taylor, Bandar Sunway di sini membawa padah apabila kejadian itu disiasat polis selepas mangsa membuat laporan pada Khamis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya bertindak menarik balik laporan yang dibuat terhadap pasangannya itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya mengesan berkaitan aksi terbabit yang didapati tular menerusi platform media sosial.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di kolam renang di kondominium terbabit dan kedua-dua individu terlibat merupakan warga asing.

“Mangsa telah membuat laporan polis berkenaan kejadian bagaimanapun menyatakan tidak mahu meneruskan kes serta tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya.

“Mangsa juga mendakwa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, pihaknya sentiasa memandang serius berkaitan sebarang aktiviti atau perlakuan jenayah yang berlaku.

“Orang ramai diminta untuk sentiasa memberikan kerjasama kepada polis dalam menyalurkan sebarang kegiatan mencurigakan.

“Sebarang info boleh disalurkan dengan menghubungi talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut, segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

Pada Jumaat, tular video di media sosial melibatkan pergaduhan antara dua individu dipercayai pasangan kekasih di tepi kolam renang di sebuah kondominium dekat sini.

SinarHarian-

Tags: dramapasangan warga asingpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd