• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Didakwa Rogol Anak, Ugut, Libas Isteri Dengan Parang

oleh Mohd Arshad
16/02/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Buruh Didakwa Rogol Anak, Ugut, Libas Isteri Dengan Parang
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas enam tuduhan termasuk merogol anak kandungnya, amang seksual fizikal, ugut bunuh dan melibas parang terhadap isterinya hingga cedera, tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam prosiding didengar Hakim Azaraorni Abd Rahman di Mahkamah Sesyen 3.

Berdasarkan dua pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak perempuannya berumur 15 tahun ketika kejadian, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (KK).

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan boleh juga dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017, jika disabitkan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Bapa kepada dua anak itu juga didakwa mengikut Seksyen 324 KK dan dibacakan bersama Seksyen 326(a) akta sama kerana melibas isterinya berusia 36 tahun dengan sebilah parang sehingga menyebabkan cedera di lengan kiri.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh juga didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap isteri dan dua anak kandungnya berusia 15 dan 17 tahun ketika kejadian dengan mengacukan sebilah parang.

Seterusnya lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap anak perempuannya dan mengikat anak lelakinya dengan maksud hendak menakutkan akan membunuh bayi dalam kandungan anak perempuannya itu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 KK yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah di Jalan Keretapi Lama, Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Alor Gajah pada penghujung Jun 2023 antara jam 2 hingga 3 petang dan kira-kira jam 4 petang 22 Oktober 2023.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana risiko berlaku kacau ganggu terhadap saksi pendakwaan iaitu isteri dan dua anak kandungnya.

“Untuk makluman mahkamah terdapat laporan gangguan dibuat dan risiko sememangnya wujud kerana tertuduh mempunyai akses ke atas saksi pendakwaan sebab mereka tinggal bersama,” katanya.

Tertuduh bagaimanapun tidak membuat sebarang rayuan ketika ditanya oleh hakim dan mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

-Berita Harian

Tags: BuruhLibasrogolUgut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd