• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mini Dhaka’ Di Klang Pula Digempur

oleh Mohd Arshad
01/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Mini Dhaka’ Di Klang Pula Digempur
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG: Satu lagi koloni pendatang asing tanpa izin (PATI) ala ‘Mini Dhaka’ digempur dalam serbuan Op Khas Aman di kawasan pangsapuri di Jalan Aman Perdana, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan 490 PATI ditahan dalam serbuan bermula kira-kira 2.30 pagi itu, yang diketuai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Imigresen Selangor itu.

Serbuan menyasarkan pangsapuri lima tingkat yang dikelilingi kawasan perindustrian, selepas ia dikesan menjadi tumpuan warga asing yang rata-ratanya bekerja di kilang berhampiran.

Malah ada segelintir PATI menjalankan perniagaan kedai runcit dan menjual produk dari negara asal mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan warga asing di pangsapuri berkenaan.

Dalam serbuan awal pagi itu, seramai 300 anggota dan pegawai polis lengkap bersenjata mengepung kawasan perumahan terbabit sebelum menyerbu dan memeriksa empat daripada lapan blok pangsapuri.

Difahamkan, pihak polis menjalankan risikan dan pemantauan hampir sebulan di kawasan itu susulan aduan dan maklumat orang ramai berhubung kebanjiran warga asing.

Ketika serbuan, kebanyakan PATI sedang lena tidur dan tidak sempat melarikan diri, namun ada juga yang cuba memanjat bumbung dan melompat ke dalam parit bagi mengelak dicekup.

Tinjauan di beberapa unit kediaman PATI terbabit mendapati kebanyakan mereka tinggal antara lima hingga enam orang serumah, malah ketika serbuan ada antara mereka tidur di bahagian dapur.

Beberapa PATI yang ditemui turut mengaku bekerja di beberapa kilang berhampiran dan duduk menyewa di kawasan itu, malah ada juga majikan yang menyewa unit rumah di kawasan itu untuk dijadikan penempatan buat pekerja mereka.

Berdasarkan maklumat awal, antara ditahan termasuk warga Bangladesh, Nepal, Afghanistan, Indonesia dengan antara kesalahan kesalahan dilakukan adalah tinggal lebih masa, tiada dokumen perjalanan sah dan lain-lain kesalahan.

Semua PATI berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu kemudian dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih selepas proses dokumentasi selesai.

BHonline-

Tags: DigempurklangMini Dhaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia prihatin terhadap nasib keluarga Allahyarham...

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd