• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Skim Pencen Dijangka Jejas Produktiviti, Lemahkan Semangat Penjawat Awam – Pakar Ekonomi

oleh Mohd Arshad
26/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mansuh Skim Pencen Dijangka Jejas Produktiviti, Lemahkan Semangat Penjawat Awam – Pakar Ekonomi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kesan penjimatan oleh kerajaan susulan perjawatan bagi kakitangan awam baharu berstatus tetap selepas ini tidak lagi berpencen, akan hanya dapat dilihat dalam jangka panjang yang mungkin mencecah tempoh 40 tahun lagi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Selain itu, pakar ekonomi juga melihat keputusan memansuhkan pencen berkenaan dijangka memberi kesan terhadap produktiviti sektor awam dan melemahkan semangat penjawatnya yang selama ini mendapat keistimewaan daripada skim pencen.

Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata apabila skim pencen dimansuh dan digantikan dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kelak, kerajaan perlu membayar caruman berkenaan sebanyak 13 peratus sepanjang tempoh penjawat awam terbabit berkhidmat.

“Pada masa sama, pencen sedia ada perlu terus dibayar, selain pencen bagi penjawat awam ketika ini yang sudah memilih skim pencen yang tidak boleh dibatalkan,” katanya kepada BH, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata Kabinet bersetuju perjawatan bagi kakitangan awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ahmad Zahid dipetik berkata, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Beliau turut menjelaskan status berpencen bagi penjawat awam sedia ada tidak terjejas, manakala penjawat awam baharu kelak akan membuat caruman melalui KWSP.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, pertumbuhan sektor awam bergantung pada kakitangannya.

Justeru sekiranya penjawat awam tidak bermotivasi, beliau berkata, sektor itu hanya akan mempunyai kakitangan yang berprestasi ‘ala kadar’ tanpa kemahiran mencukupi serta kepakaran yang betul.

Malah, katanya, apa yang lebih membimbangkan ialah bagi sektor kritikal seperti kesihatan yang ketika ini pun sudah berdepan masalah kekurangan kakitangan.

“Dengan pengumuman seperti ini (pemansuhan skim pencen), kakitangan awam merasakan mereka seperti tidak dihargai.

“Minta naik gaji pun tidak dapat, tiba-tiba pencen pula hendak dimansuhkan,” katanya.

Semalam, CUEPACS dilaporkan berkata, kerajaan tidak patut memansuhkan skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untuk negara melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, dipetik berkata kebanyakan penjawat awam ketika ini lebih memilih skim berpencen kerana ia dianggap sebagai lebih baik dan menjamin kesejahteraan selepas persaraan kelak.

Adnan berkata, dengan skim gaji masih rendah dalam perkhidmatan awam kini, skim caruman KWSP dilihat tidak membantu penjawat awam mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan nanti.

BHonline-

Tags: Penjawat AwamProduktivitiSkim Pencen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd