• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

oleh Mohd Arshad
14/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Tunggakan Bil Elektrik RM2 Juta, Polis Terima 17 Aduan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bagaimanapun berkata cadangan mewujudkan RUU itu ada dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri.

Beliau berkata, sebelum ini, ada beberapa pandangan secara terbuka atau dalam perbincangan yang lebih khusus mengenai keperluan dan kesesuaian konsep Akta Parlimen Berpenggal Tetap seperti di beberapa negara lain.

“Di beberapa negara lain, kebiasaannya undang-undang antilompat parti disekalikan (dengan Akta Parlimen Berpenggal Tetap) atau ada juga undang-undang yang menetapkan tempoh bagi sesebuah Parlimen.

“Contohnya di United Kingdom ada Akta Parlimen Berpenggal Tetap dan di Amerika Syarikat pula, tempoh bagi seseorang Presiden itu berkhidmat adalah empat tahun kecuali beliau berundur atau meletakkan jawatan lebih awal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan sayap baharu Orchid Wing di OasisEye Specialists di sini, hari ini.

Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata cadangan RUU itu dilihat sebagai antara usaha bagi menjamin kestabilan sesebuah negara, sekali gus memastikan peristiwa seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal ke-14 Parlimen tidak berulang.

Beliau berkata, pelantikan Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sangetha Jayakumar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PLK) bukanlah satu masalah kerana parti itu hanya mengkritik pelantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Fahmi, yang juga Ketua Penerangan parti, berkata terdapat perbezaan antara GLC dan badan berkanun kerana badan berkanun adalah tertakluk kepada akta dan undang-undangnya sendiri.

“Jadi, pelantikan beliau bukan satu masalah kerana LPK bukan GLC,” katanya sambil menambah beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet susulan gesaan orang ramai yang inginkan penjelasan mengenai pelantikan sedemikian.

Khamis lalu, Sangetha mengesahkan pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah LPK menerusi hantaran di laman Facebook.

Pelantikan beliau kemudian dikritik di media sosial selepas pengguna merujuk ciapannya pada Oktober 2020 mengenai tindakan kerajaan Perikatan Nasional ketika itu yang memberikan jawatan dalam GLC kepada penyokong gabungan politik itu.

Sementara itu, mengenai majlis hari ini, Fahmi berkata beliau akan membantu menampung kos rawatan atau pembedahan mata golongan B40 yang memerlukan di kawasan berkenaan,.

“Komitmen saya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, sekiranya ada mana-mana keluarga yang memerlukan rawatan atau pembedahan berkait dengan kesihatan mata, maklumkan kepada saya,” katanya.

Bernama-

Tags: KerajaanpenggalRUU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Tunggakan Bil Elektrik RM2 Juta, Polis Terima 17 Aduan

Next Post

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

Related Posts

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Next Post
Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd