• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tunggakan Bil Elektrik RM2 Juta, Polis Terima 17 Aduan

oleh Mohd Arshad
14/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Anak Ketua Menteri Sabah Nafi Terbabit Kegiatan Kartel Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis setakat ini menerima 17 aduan terhadap Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan 1 berkait isu tunggakan bil elektrik mencecah RM2 juta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata semua laporan polis dibuat penduduk di pangsapuri terbabit yang tidak berpuas hati terhadap pihak JMB.

Beliau berkata, aduan pertama diterima daripada seorang penduduk berusia 35 tahun pada Khamis lalu selepas mendapati terdapat notis pemotongan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di semua lima blok A hingga E yang dikatakan mempunyai tunggakan bil hampir RM2 juta.

“Pengadu mendakwa tiada pembayaran dibuat sejak 31 Januari 2022 sedangkan penduduk membuat bayaran yuran penyelenggaraan RM50 sebulan bagi setiap unit rumah kepada pihak JMB.

“Ekoran tunggakan itu, pengadu mengesyaki terdapat penyelewengan wang oleh pengerusi JMB, seterusnya membuat laporan polis,” katanya kepada BH, hari ini.

Ramli berkata, siasatan awal mendapati pengadu dan beberapa penduduk sudah membuat aduan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) Kuala Lumpur sejak Julai 2022 dan sehingga kini masih dalam proses tindakan susulan ke atas aduan itu.

Katanya, keseluruhan 17 laporan polis diterima setakat ini daripada penduduk pangsapuri terbabit dan satu laporan polis dibuat pengerusi JMB bagi menafikan dakwaan dibuat ke atasnya.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai ‘Refer Other Agency (ROA) kepada COB memandangkan kes menjurus kepada bidang kuasa pesuruhjaya itu.

“Ia membabitkan kesalahan membabitkan Seksyen 140 Akta Pengurusan Strata 2013 berhubung kesalahan oleh pertubuhan perbadanan,” katanya.

BHonline-

Tags: aduanJMBtunggakan bil elektrik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

15/11/2025
0

KOTA KINABALU: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan di 25 lokasi di seluruh negeri hari ini...

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

25/09/2024
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang aduan berkaitan kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd